Ustaz Bogelkan Pelajar…

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Alhamdulillah hari ini baru berkesempatan untuk menjengguk blog ini. Sepanjang mingu ini, saya terlalu sibuk. Apa pun saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung kerana tidak putus-putus mengunjungi laman ini.

Ketika membaca harian metro petang tadi, saya terkejut dengan satu artikel berita yang dilaporkan di mana beberapa orang murid lelaki di sebuah sekolah di Sarawak di bogelkan di dalam kelas dan disaksikan rakan-rakan oleh seorang ustaz gara-gara gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.

Bukan setakat di bogel sahaja, malah murid-murid tersebut terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu. Mujurlah dicucuk dengan lidi, kalau dicucuknya dengan batang lain…..Tidakkah naya budak-budak tu…..

Eh..bukan murid lelaki sahaja dibogelkan…Seorang murid perempuan pun dibogelkan juga oleh ustaz itu. Tetapi murid tersebut di bogel di dalam bilik berasingan. Ustaz itu juga turut mencabul murid perempuan tersebut dengan meraba-raba kemaluannya. Huhhhh!!!! Boleh tahan juga ustaz sorang ni….

Oklah saya tak nak tulis panjang-panjang…Korang boleh baca laporan berita tersebut dibawah ini dengan tajuk : “Bogel 6 Murid Dalam Kelas” :

SIMUNJAN: Lima murid lelaki tahun tiga di sebuah sekolah di sini terpaksa menahan kesakitan di dubur masing-masing selepas mendakwa dicucuk lidi penyapu oleh ustaz mereka disebabkan gagal menghafaz surah al-Quran seperti diarahkan.

Selain itu, seorang lagi murid lelaki mendakwa dikasari apabila lehernya dijerut dengan wayar, manakala seorang murid perempuan yang turut dihukum, mengaku kemaluannya diraba ustaz terbabit selepas diarahkan berbogel.

Menurut sumber, enam murid lelaki terbabit juga diarahkan berbogel dalam kelas dengan disaksikan rakan, manakala murid perempuan itu dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum dia mendakwa dicabul ustaz berusia 30-an itu.

“Lima murid lelaki dihukum dengan duburnya dimasukkan lidi penyapu selepas diarahkan berbogel, manakala seorang lagi dikasari dengan lehernya dijerut menggunakan wayar. Seorang murid perempuan pula dibogelkan dalam bilik berasingan sebelum kemaluannya diraba ustaz itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian menjijikkan itu berlaku pada minggu lalu dan laporan sudah dibuat kepada guru besar sekolah berkenaan, namun tiada tindakan diambil. Bagaimanapun, kes kemudian dibawa ke Pejabat Pelajaran Daerah.

“Susulan kejadian itu, semua murid berkenaan diiringi ibu bapa masing-masing membuat laporan di Balai Polis Simunjan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Simunjan, Deputi Superintendan Choo Yin Kok ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut.

Ini kerana, katanya, polis masih belum mendapat maklumat lengkap dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu.

Difahamkan, ustaz yang mengajar di sekolah berkenaan sejak tujuh tahun lalu ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu, semalam.

Pada masa sama, semua murid terbabit dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menjalani pemeriksaan.

Perkara itu turut sudah dibawa ke pengetahuan Jabatan Pelajaran Negeri dan difahamkan, pihak berkenaan turut ke sekolah berkenaan untuk membuat siasatan.

Sekiranya betul dan sahih berita yang dilaporkan di atas, masyaallah….Perbuatan ustaz tersebut sangat menjijikkan dan melanggar etika sebagai seorang guru. Apatah lagi bergelar ustaz!!!

Bagi pandangan saya, bukan itu caranya untuk mendidik dan menghukum pelajar. Kalau sampai bogelkan pelajar, itu sudah melampaui batas. Bagaimana perasaan murid-murid tersebut…Pasti mereka akan malu dan maruah diri mereka ternoda.

Seingat saya, semasa di IPG dulu, tidak diajar dan dilatih supaya melondehkan seluar pelajar, apatah lagi meraba-raba anu pelajar. Walaupun pelajar itu malas dan degil sekalipun, membogelkan pelajar tidak boleh diterima sama sekali kerana ia melibatkan maruah pelajar tersebut.

Seseorang guru perlu bijaksana, mempunyai sifat sabar, bertimbang rasa, berhikmah dalam segala hal bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

Tetapi saya nak ingatkan kepada sahabat pengunjung sekalian, dalam hal ini kita perlu membuat penilaian sebaik mungkin kerana tidak semestinya setiap berita yang dilaporkan itu tepat 100%. Kadang-kadang ceritanya hanya sejengkal, apabila diulas dan diolah menjadi sedepa. Manakala sedepa pula boleh menjadi berdepa-depa. Fikir-fikirkanlah…

Wallahu a’lam.

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Jumaat 08.20 pm
23 Julai 2010 / 06 Sya’aban 1431
ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 23 Julai 2010, in Isu Semasa, Keratan Akbar and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Ish ish teruk nye tk guna punye ustaz ustaz ape macam tu

  2. Tak patut..ahh simunjan kat mana kat mana?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: