Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pengunjung setia laman ini semoga anda sekeluarga sihat wafiat hendaknya. Alhamdulillah segala puji-pujian hanya layak bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-NYA kita dapat mengecapi satu kehidupan yang harmoni, aman makmur dan sejahtera hari ini walaupun negara kita mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti melayu, cina, india dan lain-lain serta mempunyai pelbagai budaya dan agama.

Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan nikmati pada hari ini adalah hasil usaha gigih pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu. Oleh itu, kita sebagai generasi baru hendaklah sedaya upaya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Tanpa kita sedari, kini kita sudah pun hampir ke bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan tanahair yang tercinta. Seperti biasa apabila tibanya bulan ogos, satu tema dicipta setiap tahun bagi Sambutan Hari Kemerdekaan sesuai dengan matlamat dan halatuju negara.

Sehubungan dengan itu, tema hari Kemerdekaan ke-53 pada tahun ini ialah “1Malaysia Menjana Transformasi”. Menurut Pak Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata intipati yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti sepanjang tempoh sambutan mulai 1 Ogos hingga 16 Sept ini.

Sambutan bulan kemerdekaan akan dimulakan dengan pelancarannya di Stadium Utama, Kanggar Perlis dan berakhir dengan Sambutan Hari Kemerdekaan bermula pada 1 ogos dan berakhir dengan acara Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka di kota Kinabalu pada 16 september setiap tahun.

Pelbagai program dan isian sepanjang tempoh sambutan tersebut akan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat di bawah Gagasan 1Malaysia dan tidak melibatkan terlalu banyak ucapan oleh pemimpin.

Justeru itu, kempen mengibar jalur gemilang telah di adakan sepanjang bulan kemerdekaan ini yang melibatkan pemilik kedai, pemilik bangunan dan juga sekolah.

Di harap dengan pelaksaan program dan kempen sepanjang bulan kemerdekaan nanti dapat meningkatkan kesedaran dan semangat patriotik terutama bagi golongan remaja dan belia di dalam memahami erti kemerdekaan yang sebenarnya kerana mereka adalah pewaris negara ini.

Wallahu a’lam.

___________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM. Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Selasa 12.30 am
13 Julai 2010 / 01 Sya’ban 1431
ibnismail.wordpress.com

16 Responses to Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-53 2010

  1. menone berkata:

    bagus bozz…………….

    lam knl ya semua…..
    http://www.menone.wordpress.com/

    Like

  2. Em0gUrLzz berkata:

    Assalamualaikum semoa,
    Merdeka gemilang ya!!!!
    MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

    Like

  3. merdeka gilerr berkata:

    mampos rrr!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Like

  4. menone berkata:

    tukeran link yuk………..

    Like

  5. fyda berkata:

    i luff malaysia..<3 if kite ta cinta negara seniri,,sape lagi??

    Like

  6. hareez haiqal berkata:

    merdeka!merdeka!
    selamat mnymbut kemerdekaan yg ke-53
    luv malaysia~

    Like

  7. Diane Lai berkata:

    apa lagu tema kemerdekaan ke-53 tahun ini… sa perlukan untuk keperluan sekolah

    Like

  8. Diane Lai berkata:

    please sent to my email…lagu kemerdekaan tahun ini… terima kasih atas kerjasama anda… email : dianelai_82@yahoo.com

    Like

  9. azlan omar berkata:

    tahun ni tiada yang jadi tuan rumah ke?

    Like

  10. Tanpa Nama berkata:

    alang senoi kote busuk

    Like

  11. misztiara berkata:

    ~~salam,
    Untuk mendapatkan kemerdekaan memang tak mudah..tapi hendak memeliharanya lagi susah…..”sedih aaa…sebab sedar tak sedar..kita semakin di jajah tanpa kita sedar….jgn ulangi kesilapan yg lalu wahai bangsaku…buka mata hati kalian…..~~~~

    Like

  12. NAJIB rAZAK berkata:

    apa da…BAGUS !!! NEGARA KITA TIDAK DI JAJAH OLEH NEGARA LUAR…tak rasa pun pada tahun ni sambutan MERDEKA..macam tak berubah, barang tetap naik..ekonomi semakin sempit..BAIK ANDA SEMUA TUMPU amalan RAMADHAN.Memang bagus la menghargai jasa orang dahulu, lagi bagus berikan Al Fatihan kepada mereka…bukan sambutan gila2, kes zina pun melampau macam tahun lepas.

    Like

  13. Tanpa Nama berkata:

    sy nak copy article ni boleh? sbb sy nk masukkan dlm blog hari merdeka tahun ni. please. terima kasih 😀

    Like

Tinggalkan komen