Si Paul Spain, Si Mani Belanda…Yang Mana Benar?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Piala dunia kali ini lebih meriah jika dibandingkan dengan sebelumnya. Apatah lagi dengan kehadiran si sotong peramal tepat bernama Paul di Jerman.

Setiap kali pasukan Jerman bertanding, maka si sotong ini akan meramalkan sama ada pasukan itu menang atau kalah. Hasil ramalan sotong itu setakat ini semuanya benar. Terbaru ketika perlawanan semi final yang berlangsung baru-baru ini, Paul meramalkan pasukan Jerman akan kalah kepada pasukan Spain. Sekali lagi ramalan Paul tepat. Pasukan Jerman kalah kepada pasukan Spain 0 -1.

Maka seantero dunia bercakap pasal Paul. Ada yang memuji-muji kecekapan sotong itu dalam membuat ramalan. Manakala ada juga yang marah kerana gara-gara si sotong yang tidak tahu apa-apa itulah menyebabkan pasukan mereka kalah.

Tidak kurang hebat juga kepada mereka yang membuat pertaruhan bola sepak. Ada yang tersenyum lebar menang pertaruhan kerana mengikut ramalan si sotong itu. Malah ada juga yang menyesal sehingga menepuk dahi berkali-kali kalah pertaruhan (judi), menyesal bukan kalah judi, tetapi kerana tidak mengikuti ramalan Paul. Sampai begitu sekali penangan Paul. Sehingga ada yang tertunggu-tunggu apa lagi ramalan Paul. Masyaallah.

Terasa geli hati apabila melihat senario ini. Yalah…Seekor binatang membuat ramalan. Binatang itu pula tidak mempunyai akal fikiran. Ia tidak mengetahui apa-apa pun pasal bola. Apatah lagi nak mengenali bendera-bendera setiap negara. Lucu…lucu…Tetapi yang lebih mengelikan hati lagi, apabila ada sesetengah manusia yang dianugerahkan oleh Allah SWT akal fikiran boleh percaya kepada ramalan si sotong itu. Apakah mereka tidak boleh membuat pertimbangan waras dan logikal tentang sotong itu? Masyaallah. Inilah ujian Allah SWT untuk menguji sejauhmana kekuatan akidah seseorang hamba itu.

Sedangkan Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran surah an-naml ayat 65 yang bermaksud :

“Katakanlah lagi : Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).”

Selain itu, disebut juga di dalam Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim maksudnya :

“Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam.”

Disebut juga di dalam hadith lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad maksudnya :

“Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukan nujum (bomoh/dukun) lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad.”

Dalil-dalil di atas adalah larangan kepada umat Islam mendatangi, bertanya serta meminta ramalan akan sesuatu perkara. Dibimbangi akan terjerumus ke dalam kekufuran. Nauzubillah Minzaalik…

Berbaki dua perlawanan lagi piala dunia akan menutup tirainya, maka datang lagi pencabar hebat si sotong Paul untuk membuat ramalan. Pencabarnya kini adalah seekor burung yang bernama Mani di Singapore. Kini bukan sotong sahaja yang pandai membuat ramalan, tetapi burung pun boleh buat juga.

Menerusi buletin TV3 semalam, untuk final nanti, si Paul meramal dan memilih pasukan Spain sebagai juara Piala Dunia 2010. Manakala si Mani pula meramal dan memilih pasukan Belanda.

Selain itu, si Paul juga meramalkan pasukan Jerman tempat ketiga nanti.

Ramalan-ramalan seperti ini boleh merosakkan akidah kita. Maka berhati-hatilah kerana semua ini adalah ujian daripada Allah SWT untuk menguji sejauhmana kekuatan dan keutuhan akidah seseorang hamba itu. Jika kita merasakan diri kita sudah terpesong jauh, maka bertaubatlah segera sementara Allah SWT memberi kesempatan kepada kita.

Ku tuliskan bicara ini adalah untuk mengingatkan diriku, dirimu dan kita semua semoga hidup kita sentiasa dilindungi oleh Allah SWT.

“Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang kami mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak kami ketahui.”

Wallahu a’lam.

______________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM. Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Sabtu 10.15 am
10 Julai 2010 / 27 Rajab 1431
ibnismail.wordpress.co

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 10 Julai 2010, in BICARA AKIDAH, Isu Semasa and tagged , , , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: