Rundingan Sulit Israel dan Turki

Menteri kanan Israel dan Turki bertemu secara rahsia di Brussels untuk mencari jalan berbaik-baik semula dan melupakan krisis yang meletus selepas komando Yahudi menggempur kapal membawa konvoi bantuan ke Gaza, bulan lalu.

Menteri Perdagangan Israel, Benjamin Ben Eliezer, dan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu bertemu kelmarin di ibu kota Belgium itu ketika Davutoglu mengetuai rombongan negaranya membincangkan cubaan Ankara menjadi anggota Kesatuan Eropah (EU), kata pegawai Turki.

“Rundingan itu berlangsung di Brussels atas permintaan Israel. Kami sudah menyampaikan satu nota kepada Israel menjelaskan pendirian dan harapan kami terhadap mereka. Itulah yang disebut dalam pertemuan itu,” kata pegawai itu yang enggan namanya didedahkan.

Seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengesahkan Ben Eliezer mengadakan rundingan dengan seorang pegawai Turki dan tidak menjelaskannya lebih lanjut.

Ia adalah pertemuan pertama di peringkat menteri sejak hubungan di antara sekutu rapat satu ketika dulu terjunam ke dalam krisis 31 Mei lalu apabila komando Israel menyerbu sebuah kapal Turki yang membawa bekalan kemanusiaan ke Gaza.

Lapan warga Turki dan seorang warga Turki-Amerika Syarikat terkorban dalam operasi itu, yang menyebabkan hubungan dua hala yang sudah sedia tegang sejak perang musnah Israel ke atas Gaza tahun lalu, terputus. Amerika kemudian melahirkan kebimbangan mengenai hubungan semakin meruncing antara dua sekutunya itu.
Saluran berita NTV Turki berkata, pertemuan itu berlaku dalam sebuah bilik suite hotel dan berakhir selama lebih dua jam.

Ia juga dirahsiakan daripada ketua perunding EU Turki Egeman Bagis dan Menteri Pertanian Mehdi Eker yang berada di Brussels bersama menteri luar terbabit, katanya.

Davutoglu dan Ben Eliezer membincangkan cara memperbaiki hubungan dua hala dengan menteri Turki menegaskan Israel perlu memohon maaf atas serbuan maut ke atas kapal Turki Mavi Marmara, katanya.

Sumber : Berita Harian Online

______________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM. Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Jumaat 11.40 am
02 Julai 2010 / 19 Rajab 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 2 Julai 2010, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar and tagged , , , , . Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: