Seng Hui Express

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Puisi ini ditulis ketika saya dalam perjalanan pulang dari Bandar Sarikei ke Tanjung Manis kelmarin. Sebagai bicara pada petang ini terimalah puisiku yang bertajuk : “Seng Hui Express” buatmu…

sore ini jam hampir pukul lima
aku berlari anak
ke pelabuhan express
menunggu penumpang dibirai tebing
sungai rajang luas terbentang

ku lihat
berpusu-pusu mereka masuk ke perutnya
ingin menuju destinasi sendiri

bila ku masuk ke perutnya
ku dengar

bunyi dentuman jantungnya berdegup deras
seorang lelaki muda menarik pedalnya
meluncur laju
kekadang melawan arus
merentasi sungai rajang luas
dari bandar sarikei ke tanjung manis

tubuhnya kental gagah perkasa
dipukul ombak deras
namun tak pernah goyah
tak pernah keluh kesah
untuk berkhidmat
untuk dirimu dan kita semua

seorang lelaki muda menghampiriku
dihulur secebis kertas merah
tercatat nama
“SENG HUI EXPRESS”
bertanda RM9
ku bayar tanda setuju

___________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM. Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Selasa 04.25 pm
29 Jun 2010 / 16 Rajab 1431
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: