Ronaldo! Ronaldo! Ronaldo! Kepala Botak!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ketika menonton pertemuan antara Portugal dan Brazil pada malam kemalrin di Iftitah Cafe bersama kawan-kawan, terkejut juga apabila melihat ramai sekali pengunjung pada malam ini. Penuh satu kedai. Sehinggakan tak cukup kerusi. Saya datang agak lewat sedikit pada malam itu, terpaksalah berdiri bersama beberapa orang pengunjung lain sekejap sementara tunggu tuan punya kedai dapatkan kerusi.

“Biasanya tak la ramai macam malam ni, mungkin mereka ini peminat-peminat pasukan Brazil.” Sangka saya.

Apabila salah seorang pengunjung bangun dan memberikan kerusinya kepada saya, lalu saya duduk bersama kawan-kawan lain yang sudah 20 minit menonton perlawanan tersebut dengan selesa sambil menikmati teh ali cafe, ekstra joss bersama parkway dan biji kuaci.

Kedua-dua pasukan bermain dengan baik dan saling berbalas serangan pada malam ini. Namun disaat ini kedua-dua pasukan tersebut gagal menjaringkan sebarang gol.

Sementara itu, kedengaran pula penonton dibelakang saya menjerit-jerit nama Ronaldo.

Ronaldo!!!Ronaldo!!!Ronaldo!!!

Wahhh! Ramai sekali penyokong pasukan Portugal malam ini. Ternyata sangkaan saya tadi meleset.

“Rupa-rupanya diaorang ni peminat Ronaldo…” bisik saya dalam hati.

Top sungguh nama Ronaldo ni…Sebut saja nama Ronaldo, saya teringat masa piala dunia pada tahun 1998 dahulu. Ketika itu saya masih di tingkatan 6 dan STPM.

Diringkaskan cerita.

Ada seorang ustaz, namanya ustaz ******, sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran pada pagi itu, dia sempat bertanya kepada kami pasal bola piala dunia.

“Emm piala dunia kali ini, anda semua sokong pasukan mana? Itali, Jerman, Englang atau Brazil…”

Kami pelajar lelaki diam sahaja. Tiada seorang pun yang menjawab pertanyaan ustaz itu. Namun ada beberapa orang pelajar perempuan berbisik-bisik dibelakang kelas. Kemudian salah seorang daripada mereka bangun dan menjawab pertanyaan ustaz ***** tadi.

“Kami suka dan sokong pasukan Brazil, ustaz.”

“Kenapa kamu sokong pasukan Brazil? Pasukan lain main tak bagus ke?” tanya ustaz ***** lagi.

“Kami sokong pasukan Brazil sebab ada Ronaldo. Kami suka Ronaldo. Dia seorang pemain yang bagus dan hebat.” jawab pelajar perempuan yang bangun tadi.

“Selain itu ustaz, Ronaldo kepala botak. Nampak berdisiplin, gagah dan macho berbanding dengan pemain-pemain lain.” tambah seorang pelajar perempuan lain.

Kemudian ustaz ***** tersenyum sendirian apabila mendengar jawapan daripada pelajar perempuan tersebut.

“Oooo..Suka Ronaldo sebab kepalanya botak yer….Emm yang lelaki didepan kamu ni pun semuanya kepala botak, takde yang berkenan ke??? kata ustaz ***** sambil tersenyum-senyum.

Apa lagiiii….Kami pelajar lelaki seperti memahami apa yang dimaksudkan “kepala botak” oleh ustaz ***** tadi ketawa sampai nak pecah perut…Hahahahahahaha……

Sambil ketawa saya melihat pelajar-pelajar perempuan masih bingun dan tertanya-tanya sesama mereka, kenapa kami ketawa dan apa maksud ustaz ****** dengan istilah “kepala botak” tu..

Ada juga di antara mereka yang ketawa dan tunduk malu. Mungkin memahami apa yang dimaksudkan oleh ustaz ***** itu.

“Oklah berenti ketawa semua!!!” kata ustaz ***** dengan suara yang kuat dan tegas.

“Ana minta maaf banyak-banyak sekiranya ada di antara kamu yang terasa hati dengan kata-kata saya tadi. Tiada tujuan dan niat lain, cuma nak buat lawak supaya kamu semua tidak mengantuk dan segar pada pagi ini. Ana tengok mata kamu semua macam nak tidur jer…dan ana tahu ada di antara kamu berjaga malam menonton bola.” kata ustaz ***** sambil mengambil buku teks matapelajaran tauhid yang diletaknya di atas meja guru sementar tadi.

Semenjak itulah, sebut saja nama Ronaldo…Teringat ustaz *****, teringat juga “kepala botak”. Hahahaha…

Ronaldo!!! Ronaldo!!! Ronaldo!!! Kepala Botak!

Memori yang sukar untuk ku lupakan. Wallahu a’lam.

________________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM. Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak
Ahad 04.35 pm
27 Jun 2010 / 14 Rajab 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 27 Jun 2010, in BICARA SUKAN and tagged , , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Ayah saya tengok sampi tergelakk..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: