Hak Putera dan Puteri Azrinaz Kekal

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Berhubung isu perceraian antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan isterinya Azrinaz Mazhar Hakim yang merupakan bekas wartawan penyiaran stesen televisyen TV3 telah mengejukkan banyak pihak.

Sultan Hassanal Bolkiah berkahwin dengan Azrinaz pada tahun 2005 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Berita mengenai perceraian itu diumumkan oleh Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Haji Alaudin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar menerusi pengumuman khas di stesen televisyen Radio Televisyen Brunei pada pukul 8 malam.

Pada petang Rabu tiga haribulan Rejab 1431 Hijrah bersamaan dengan 16 haribulan Jun tahun 2010 Masihi Sultan Hassanal Bolkiah telah menjatuhkan talak satu kepada isteri baginda, Duli Yang Teramat Mulia Pangeran Isteri Azrinaz Mazhar binti Hakim Mazhar.

Selain itu turut diumumkan, semua gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada bekas isterinya itu telah ditarik balik mulai tarikh perceraian.

Walaupun sudah bercerai namun hak dan keistimewaan putera dan puteri daripada keturunan diraja Brunei biasanya kekal.

Pakar sejarah, Prof. Datuk Ramlah Adam berkata, selagi tiada titah Sultan Brunei yang mahu melucutkan keistimewaan anakanda baginda, maka ia akan kekal sebagaimana biasa.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam itu menegaskan, berdasarkan pengumuman, hanya isteri kedua yang ditarik balik gelaran dan pingat kebesaran, bukan anak-anaknya.

“Ini bermakna anak-anaknya masih menerima keistimewaan sebagai kerabat diraja,” jelasnya

Sumber : Kosmo Online.

__________________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM (2008 – 2010) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak.
Sabtu 12.50 am
19 Jun 2010 /06 Rajab 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 19 Jun 2010, in Isu Semasa, Keratan Akbar and tagged , , . Bookmark the permalink. 1 Komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: