Semangat Bola dan Tarbiyah Diri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bertemu kembali setelah beberapa hari kalam ini sepi tanpa bicara buatmu teman. Saya adalah manusia biasa. Kekadang masa tidak mengizinkan saya untuk terus mengadap laptop usang ini setiap hari. Saya mohon maaf sekiranya anda tertunggu-tunggu bicaraku setiap hari. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadikan kalamku sebagai teman bicaramu. Alhamdulillah.

Hari minggu yang lalu, saya meluangkan sedikit masa untuk pergi menonton perlawanan akhir bola sepak remaja bawah 12 tahun yang berlandsung di Padang Kampung Jerijeh, lebih kurang 25km dari Tanjung Manis. Walaupun pada ketika itu badan tidak begitu sihat, saya gagahkan diri untuk pergi ke sana kerana pada hari itu pasukan Tanjung Manis FC (TMFC) bawah 12 tahun yang terdiri daripada pelajar SK Tanjung Manis akan bertanding pada perlawanan akhir tersebut. Pasukan Tanjung Manis FC VS Pasukan Belawai FC. Hebat juga pelajar saya ni….Dapat masuk “final”. Bisik saya dalam hati. Semua sedia maklum di mana Pasukan Belawai FC adalah sebuah pasukan terkuat sekitar Zon Tanjung Manis ini. Dapatkah Pasukan Tanjung Manis FC menewaskannya? Inilah persoalan yang bermain dibenak fikiranku.

“Harap-harap mereka dapat buat yang terbaik dan bermain dengan cemerlang pada petang ini.” Bisik saya lagi.

Tepat jam 03.30 petang, saya sampai di Padang Bola Kampung Jerijeh. Perlawanan akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja lagi. Saya mula mencari tempat untuk duduk. Ramai juga penonton yang hadir pada petang ini. Penuh sekeliling padang. Mungkin deman “world cup” menyebabkan mereka teruja untuk datang menonton remaja-remaja ini bermain bola. Selain itu, ada juga ibu bapa yang hadir untuk memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak mereka yang bermain.

Pengadil meniupkan wiselnya. Itu tandanya perlawanan bermula.

Saya bersama beberapa orang rakan dan pemain simpanan Pasukan TMFC berdiri di tepi padang sambil melihat perlawanan baru bermula.

“Ustaz…..Mari la duduk sini, kita sembang-sembang sambil tengok bola ni…” sapa seorang Pak Cik yang duduk tidak jauh dari tempat saya dan rakan-rakan berdiri.

Saya pun pergi duduk di sebelah Pak Cik itu.

“Ustaz tak balik kampung ke cuti sekolah ni?” tanya Pak Cik.

“Emmm…Tak balik. Kena bertugas kat sekolah..” jawab saya ringkas.

“Pak Cik tengok budak-budak tu semangat betul kalau main bola..Tapi kalau belajar sangat malasss. Hari-hari Pak Cik suruh anak Pak Cik baca buku. Tahun ni dia ambil UPSR. Risau hati Pak Cik tengok dia. Dah tak tahu nak buat macam mana lagi ustaz, supaya dia membaca buku tanpa dipaksa.” mengeluh Pak Cik itu dengan sikap anaknya yang malas membaca buku.

“Anak Pak Cik main bola juga ke? Yang mana satu anak Pak Cik? tanya saya.

“Tuu yang pakai baju kuning jersi nombor 7. Nama dia Amin. Dia sekolah di SK Belawai. Baru-baru ni Pak Cik ada jumpa cikgu dia, tanya pasal pelajarannya. Cikgu dia cakap, si Amin tu pemalas di sekolah. Kerja sekolah cikgu bagi suruh buat dirumah selalu tidak siap. Bila Pak Cik tanya, dia cakap tak ada kerja rumah. Bila Pak Cik tegur dan bagi nasihat, dia melawan. Langsung tidak dengar cakap Pak Cik dan hormat pada orang tua…” jawab Pak Cik kesal dengan sikap anaknya.

“Bersabarlah Pak Cik, mendidik anak-anak memang macam tu..Banyak cabaran dan dugaannya. Yang penting, tanggungjawab kita sebagai ibu bapa jangan diabaikan. Saya kagum dengan sikap Pak Cik. Selama lebih kurang 3 tahun saya menjadi guru di sini, saya dapati ramai ibu bapa yang mengabaikan perihal pelajaran anak-anak mereka. Mereka seolah-olah menyerah bulat-bulat tanggungjawab mendidik itu di atas bahu guru-guru di sekolah. Mereka hanya pentingkan kerja dan membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berjudi, sabung ayam dan sebagainya. Sehinggakan tiada masa untuk bertanyakan perihal pelajaran anak-anak. Untuk mencapai kecemerlangan, semua pihak harus bekerjasama. Ibu bapa, guru, pihak PIBG dan masyarakat haruslah berganding bahu demi kecemerlangan anak-anak. Jangan serahkan tanggungjawab mendidik itu bulat-bulat kepada guru di sekolah. Di rumah juga harus diberi penekanan dan perhatian. Barulah anak-anak cemerlang.” ujar saya.

“Ramai juga ibu bapa yang tidak mendirikan solat lima waktu. Ketika saya soal selidik anak-anak mereka di sekolah, ramai yang bagitahu bahawa ibu bapa mereka tidak solat lima waktu di rumah. Malah tidak pernah solat langsung. Apatah lagi nak mengajar mereka solat. Saya berpendapat, kefahaman tentang Islam masih rendah di sini.”

“Em betul tu ustaz….Pak Cik setuju apa yang ustaz cakap tu…Pak Cik nak tanya, ada ke petua-petua atau doa-doa untuk menjadikan anak-anak kita rajin solat, belajar dan hormat kepada orang tua…” tanya Pak Cik lagi.

“Sebaiknya Pak Cik buatlah solat hajat setiap malam (kalau mampu), sekiranya tidak mampu, cukuplah sekali seminggu, kalau tidak mampu lagi, sebulan sekali. Mohonlah kepada Allah SWT supaya Allah SWT membuka pintu hati si Amin agar dia rajin solat, belajar dan menjadi anak yang soleh. Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah menjadi “model” kepada anak-anak di rumah. Tunjuklah teladan yang baik kepada anak-anak dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-NYA.” tegas saya sambil memperingati diri juga.

“Selain itu, pernah tak Pak Cik terfikir, bermain bola juga boleh memotivasi diri seseorang menjadi insan cemerlang. Cuba tengok anak Pak Cik si Amin tu, bermain di tengah padang sana…Dari tadi lagi saya lihat dia tidak berhenti-henti berlari. Rajin berusaha dan bersemangat mengejar bola. Kalaulah dia mengejar buku sepertimana dia mengejar bola itu, kan bagusss….” tambah saya.

Pak Cik hanya mengangguk dan mengiakan apa yang saya cakap. Sepertinya dia memikirkan sesuatu.

Saya sambung lagi.

“Setiap pemain mestilah mempunyai stamina yang kuat dan disiplin yang tinggi. Begitu juga dengan pelajar, mereka perlu mempunyai stamina dan tenaga yang kuat untuk belajar. Mereka harus makan dengan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk perkembangan otak dan mengelakkan tertidur di dalam kelas ketika guru mengajar. Ibu bapa juga harus selalu mendisiplinkan diri agar menjadi contoh teladan yang baik bagi anak-anak.”

Pritttttttttttttttttttttt….Bunyi wisel pengadir perlawanan. Itu tandanya separuh masa pertama sudah tamat. Semua pemain berhenti rehat selama lebih kurang 15 minit.

“Pak Cik,selepas ini kita sambung lagi ekk…Saya nak pergi tengok pelajar-pelajar saya sekejap, dah ada air atau belum.” saya minta diri untuk beredar dari situ.

Lebih kurang 15 minit, dan separuh masa kedua akan dimulakan sekejap lagi. Ketika ini Pasukan Tanjung Manis FC mendahului Pasukan Belawai FC ( 1 – 0).

Priiittttttttttttttttttttttt. Separuh masa kedua bermula.

Saya kembali ke tempat Pak Cik tadi.

“Hebat juga Pasukan Tanjung Manis FC ya…Dah mendahului Belawai FC ( 1 – 0 ).” cakap Pak Cik itu sebagai pembuka bicara yang terhenti buat seketika tadi.

“Emm…Kalau mereka bermain bersungguh-sungguh dan konsisten, saya yakin mereka boleh menang game pada petang ni..” jawab saya.

“Ok ustaz sambung dengan cerita ustaz tadi.” menyuruh Pak Cik itu dengan perasaan tidak sabar untuk mengetahui cerita selanjutnya.

Saya sambung lagi.

“Ok. Selain apa yang saya sebut tadi, pemain bola sepak juga haruslah mempunyai sifat sabar dan yakin pada diri sendiri. Seorang pemain bola sepak profesional, sifat sabar hendaklah menjadi teman kepada diri mereka. Sekiranya sifat sabar tiada, saya yakin pasti banyak pergaduhan berlaku ditengah padang sana. Di samping itu, sifat yakin pada diri sendiri juga tidak kurang pentingnya. Keyakinan diri yang kuat pada setiap pemain di dalam sesebuah pasukan akan membuahkan hasil yang positif di akhir perlawanan nanti.”

“Betul jugak kata ustaz tu….” menyampuk Pak Cik itu.

“Begitu juga seorang pelajar, sekiranya ingin berjaya, mereka mesti mempunyai sifat sabar. Kerana di dalam menimba ilmu banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi oleh seorang pelajar. Sepertimana yang kita ketahui, untuk berjaya, bukan perkara mudah. Kita perlu banyak melakukan pengorbanan . Masa, tenaga, harta dan sebagainya. Sekiranya sifat sabar tidak ada dalam diri seseorang pelajar, mereka pasti akan kalah dan tersungkur dengan kegagalan. Malah ibu bapa juga harus bersabar dengan karenah anak-anak. Didik mereka dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Yakinlah pada diri sendiri bahawasanya anak-anak kita pun boleh berjaya sepertimana anak-anak orang lain.”

“Em kerjasama juga amat penting. Tengoklah Pasukan Tanjung Manis FC tu…Untuk mendapatkan gol pertama tadi..Saya lihat mereka semua bekerjasama antara satu sama lain. Tidak boleh bermain secara individu. Mereka mesti passing antara satu sama lain. Tidak boleh bawa bola sorang-sorang. Begitu juga dengan pelajar, mereka harus bekerjasama dan wajib berkongsi ilmu yang mereka miliki antara satu sama lain. Itu tuntutan agama. Barulah mendapat keberkatan daripada ILAHI. Ibu bapa juga harus bekerjasama dengan semua pihak termasuk guru dan masyarakat. Tidak salah kalau kita amalkan “jaga tepi kain orang” untuk kebaikan bersama. Apa yang salah adalah mengadu domba, memfitnah dan sebagainya.”

Tambah saya lagi.

“Redha, tawakkal dan sanggup menerima kekalahan juga merupakan sifat yang harus ada dalam diri seorang pemain bola sepak. Apa jua keputusan hendaklah menerima dengan hati yang redha. Begitu juga dengan seorang pelajar, mereka hendaklah redha dengan ketentuan Allah SWT. Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan bertawakkal kepada-NYA. Selebihnya Allah SWTlah yang menentukan keputusannya. Kalau kita buat yang terbaik, pasti kejayaan milik kita. Tetapi sekiranya kita melakukan sebaliknya, kegagalan pasti mengekori kita. Allah SWT itu Maha Adil.”

Tiba-tiba Pak Cik itu bersorakkk….

“Goollllllllllllllllllllllllll pulak dahhh……….Aduh kalah Pasukan anak saya ni..Pasukan anak murid ustaz yang menang ni…Pasukan Belawai FC dah ketinggalan 0 – 2 ni…”

“Alah Pak Cik ni, masa masih banyak. Pasukan Belawai FC boleh “score” lagi tu……” jawab saya sambil tersenyum melihat gelagak Pak Cik itu.

Selang beberapa minit, pengadil perlawanan telah meniupkan wisel penamat. Ini bermakna Pasukan Tanjung Manis FC telah menjuarai pertandingan ini dengan agregat 2 – 0. Saya menarik nafas lega. Akhirnya segala ilmu dan starategi yang di ajar oleh Abang Jack (Jurulatih) dan Abang Sepian (Pengurus) membuahkan hasil.

“Oklah ustaz…Terima kasih banyak pasal perbualan kita tadi. Kalau ustaz ada masa, jemputlah ke rumah Pak Cik di Belawai, Kampung Tepi Laut. Pak Cik nak pulang dulu yer. Nak pergi ambil Mak Cik, dia pergi rumah saudara di Kampung Rajang pagi tadi. Nak bawa si Amin sekali ni…Assalamualaikum……..” Pak Cik minta diri.

“Waalaikummussalam….Em insyaallah, ada masa nanti saya ke sana….” jawab saya sambil bersalaman dengan Pak Cik itu.

Setelah selesai upacara penyampaian hadiah, kami bergambar bersama-sama Pasukan Tanjung Manis FC bawah 12 tahun sebelum bersurai.

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan TAHNIAH!!! Kepada semua pemain Pasukan Tanjung Manis FC yang telah menjadi JUARA Pertandingan Bola Sepak Remaja Bawah 12 Tahun pada tahun ini. Mudah-mudahan bicara hari ini bisa memberi manfaat kepada semua pembaca Kalam Abu Musaddad di luar sana. Andalah teman bicara saya. Terima kasih juga di atas sokongan anda terhadap blog ini. Semoga ia menjadi medan dakwah dan perkongsian ilmu buat diri saya dan kita semua. Wallahu a’lam.

_____________________________________________

© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM (2008 – 2010) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.

“Kalamku Mula Berbicara…”


© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak.
Jumaat 03:35 pm
11 Jun 2010 / 28 Jumadil Thani 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 11 Jun 2010, in Motivasi, PENDIDIKAN and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 2 Komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: