Manfaatkan Masa Cuti Anda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Cuti sekolah semester 1 telah pun bermula. Saya yakin para pelajar mesti seronok dan gembira apabila tibanya musim cuti sekolah. Tidak ketinggalan juga bagi guru-guru, pastinya mereka semua gembira kerana pada kesempatan inilah untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu keluarga tersayang dan sahabat handai yang telah lama tidak bertemu.

Namun begitu ada juga dikalangan guru-guru, mereka terpaksa bertugas pada waktu cuti. Mereka mengadakan kelas-kelas tambahan dan sebagainya. Hatta ada juga yang kena “jaga sekolah” dengan istilah lain jadi “sekuriti” sementara. Terutama sekolah-sekolah yang berada diceruk pedalaman.

Bagi pelajar pula, mereka seharusnya menggunakkan masa cuti ini sebaik mungkin. Mereka tidak boleh membuang masa begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat. Terutamanya kepada pelajar-pelajar yang akan menghadapi ujian penting pada tahun ini seperti UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM. Anda juga boleh baca di sini.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka tidak menggunakkan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran. Masa cuti digunakan untuk berfoya-foya bersama rakan-rakan dengan menggunjungi pusat-pusat membeli belah, melepak tanpa tujuan, bermain game dan sebagainya. Perkara ini amat merugikan dan mereka sebenarnya tidak menghargai masa yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Selain itu, ada juga yang berpegang kepada pepatah ini, “masa cuti kita cuti, masa belajar kita belajar.” Saya tidak begitu pasti dari manakah datangnya pepatah seperti ini. Saya juga berpendapat, pepatah seperti ini tidak boleh diguna pakai oleh seseorang yang bergelar pelajar. Islam menganjurkan umatnya supaya menuntut ilmu sepanjang masa hinggalah ke liang lahad. Apa yang peliknya, apabila tiba waktu belajar, mereka juga tidak belajar. Ada sesetengah pelajar, apabila guru mengajar di depan, mereka berbual-bual di belakang dan kerja rumah yang di beri oleh guru sering mereka abaikan. Manusia yang membazikan masa adalah tergolong di dalam golongan orang-orang yang rugi. Mereka rugi di dunia dan juga rugi di akhirat.

Justeru itu, para ibu bapa juga hendaklah memainkan peranan penting demi memastikan anak-anak memanfaatkan masa cuti ini sebaik mungkin. Hantarlah anak-anak mengikuti tusyen-tusyen, bawalah mereka pergi ke pesta-pesta buka dan sebagainya yang boleh member faedah dan manfaat kepada anak-anak demi kecermerlangan mereka kemudian hari.

Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja, luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak. Bertanyalah masalah-masalah mereka, berilah dorongan kepada mereka dan temanilah ketika mereka belajar walaupun 5 minit kerana perkara-perkara seperti ini boleh merangsang dan menaikkan semangat anak-anak untuk belajar.

Akhir kalam, manfaatkanlah cuti anda sebaik mungkin dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh memberi faedah dan manfaat sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat, agama dan Negara. Akhir sekali saya ingin mengucapkan “Selamat Bercuti” kepada semua warga pendidik dan pelajar-pelajar dengan harapan apa jua yang kita lakukan semoga diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.


__________________________________________________________________________


© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM (2008 – 2010) Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat https://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.


© Abu Musaddad
Tanjung Manis, Sarawak.
Sabtu 01:10 pm
05 Jun 2010 / 22 Jamadil Thani 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 5 Jun 2010, in Motivasi, PENDIDIKAN and tagged , , , , . Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. assalamualaikum pak…
    apa kabar? lama gk berkunjung ke sini aku…
    hehehehehehehe..
    saya belum liburan, 2 minggu ke depan saya mau ujian akhir semester..
    doakan semuanya lancar dan hasilnya memuaskan.. amin..

    • Waalaikummussalam wbt………..Alhamdulillah sihat semuanya. Saya hrp nafi’ pun begitu juga. Mungkin sekarang ini busy kot….takpelah ada masa kunjungla ke sini. Kesempatan ini saya mengucapkan “Selamat Menghadapi Ujian Akhir Semester” semoga dipermudahkan Allah SWT semuanya. Moga-moga Nafi’ lulus semuanya dengan cemerlang. Ameen.

  2. amin… allahhumma amin…
    alhamdulillah kalau semuanya sehat pak abu, senang bisa nge.blog lagi…

  3. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum Alwi

    Selamat bercuti. Cuti panjang semester ini di IPG tahun ini, 30 hari lamanya. Puas saya merantau ke sana sini terutama ke UKM, Bangi kerana menguruskan urusan terakhir tesis saya. Alhamdulillah akan graduasi bulan 8 nanti.

    Jika ada kesempatan, saya harap Alwi juga akan melanjutkkan pelajaran di peringkat master. Pembelajarannya lebih mudah daripada degree. Cuma yang toughnya adalah membuat penyelidikan. Semoga berjaya selalu.

    Terima kasih masih sudi mengingati guru yang “garang” ini.. Hehe.. garang ke saya ni.
    Salam mesra dari saya.

    • Waalaikummussalam wbt…
      Selamat bercuti juga buat ustazah. Wah…Dah tak lama lagi la tu…TAHNIAH ustazah, semoga dirimu diberi kekuatan oleh Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan.

      Insyaallah. Memang ada niat dari dulu lagi utk sambung peringkat master. Mungkin saya akan sambung master apabila saya boleh tukar ke semenanjung nanti. Mudah urusan.

      Em saya ingat semua guru-guru saya dari Tadika hingga sekarang. Ustazah memang garang. Hahahahaha. Tetapi kegarangan itu saya anggap sebagai satu nasihat buat diri saya. Doa saya semoga ustazah bahagia selalu disamping keluarga tersayang..Ameen. Wallahu a’lam.

  4. Asalamualaikum lam kenal pa ustad, numpang lewat aja neh… punteun nya…pa?

  5. Sapri bin Paee

    Assalamualaikum Cikgu Abu, saya mohon izin untuk menggunakan idea penulisan cikgu ini untuk slot motivasi pagi Ahad saya bersama Miri FM pukul 10 pagi – 2 Disember 2012.
    Terima kasih cikgu kerana membantu. Saya terbaca blog cikgu pagi ni.
    Mudah-mudahan apa yang cikgu tuliskan dalam blog cikgu mendapat keberkatan Allah swt. amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: