Imbuhan Pegawai dan Kakitangan Awam Tolak Rasuah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Oleh kerana budaya rasuah ini banyak berlaku di dalam masyarakat kita terutamanya pegawai kerajaan dan kakitangan awam, maka satu cadangan telah dibuat iaitu mana-mana pegawai kerajaan dan kakitangan awam yang menolak rasuah dan sebaliknya bertindak mengikut lunas undang-undang terhadap pemberi rasuah termasuk membawa mereka ke muka pengadilan akan diberi pengiktirafan dalam bentuk imbuhan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohamed, berkata cadangan memberi imbuhan itu timbul selepas mendapati ramai pegawai kerajaan mula menunjukkan tanda positif terhadap usaha memerangi rasuah berikutan aktif mengambil tindakan terhadap pemberi rasuah. “Kempen dan usaha kami untuk membawa perubahan dalam masyarakat Malaysia sudah disahut pegawai kerajaan dan kami amat berbangga apabila mereka mula mengambil tindakan terhadap pemberi rasuah.

SPRM dengan kerajaan sedang mendraf satu kaedah memberi pengiktirafan kepada mereka (pegawai kerajaan) selain perbincangan sudah dibuat dengan Jabatan Peguam Negara serta Peguam Negara mengenai kaedah dalam bentuk imbuhan yang boleh diberi.

Menurut pendapat saya, kita harus memberi sokongan kepada cadangan ini untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana pegawai atau kakitangan awam yang tidak mengambil rasuah. Malah mereka membantu melaporkan kegiatan tidak bermoral itu.

Mudah-mudahan dengan cara ini dapat mengurangi budaya dan kegiatan rasuah di negara kita yang jelasnya adalah dilarang keras oleh syariat Islam.

Dengan kerjasama semua pihak, saya percaya budaya jahiliah ini dapat dibanteras dengan berkesan. Seterusnya dapat mengurangi gejala ini daripada bermaharajalela di negara ini. Wallahu A’lam.

Sumber Rujukan :

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

2. Harian Metro

3. Pusat Maklumat Rakyat

Tanjung Manis, Sarawak.
Ahad 08.48 am
09 Mei 2010 / 24 Jumadil Awal 1431
https://ibnismail.wordpress.com



About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 9 Mei 2010, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: