Monthly Archives: Mei 2010

Tazkirah : Kelulusan Lesen Judi Bola, Haram Tetap Haram

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Foto : Ihsan Malaysiakini

Saudara/saudariku muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT,

Sebagai seorang Islam yang telah mengakui beriman kepada Allah SWT dan mengikuti segala perintah dan larangan-NYA berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah, maka atas dasar itulah serta tanggungjawab sebagai seorang mukmin tergerak di hati ini sekali lagi untuk menulis perihal judi bola yang heboh diperkatakan sekarang ini.

Perlu diingatkan juga bahawa penulisan ini bukan bersifat menghasut, bukan berpihak kepada mana-mana organisasi atau individu dan juga bukan bersifat kepartian, malah penulisan ini adalah ikhlas dari saya untuk tatapan semua pihak lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Mudah-mudahan ia bermanfaat kepada semua.

Read the rest of this entry

Tikus Misteri dan Obama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Gara-gara seekor tikus berlari di depan podium ketika Obama bercakap pada sidang akhbar di White House kelmarin, maka kecohlah seluruh dunia.

Beberapa jurugambar sempat merakamkan gambar tikus itu yang berlari di depan podium semasa Obama membuat kenyataan mengenai reformasi kewangan.

Menurut beberapa sumber, kehadiran tikus itu mungkin tidak disedari oleh Obama kerana beliau tidak memberikan sebarang reaksi.

Read the rest of this entry

Nasi Goreng Ayam Pak Wardut

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ustaz nak makan apa???” tanya Pak Wardut.

“Em saya nak tapau nasi goreng ayam sebungkus dan air ekstra joss satu………” jawab saya.

Kemudian keluar isteri Pak Wardut, Kak Ros untuk mengambil order saya.

Sementara menunggu nasi goreng ayam siap, saya duduk di meja bersama Pak Wardut.

“Mana isteri dan anak ustaz, tak bawa sekali ke???” tanya Pak Wardut.

Read the rest of this entry

Ucapan dan Ganjaran Sempena Sambutan Hari Guru 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan tarikh keramat bagi seorang guru kerana pada tarikh inilah mereka akan diraikan bagi mengenang jasa para guru terhadap usaha membangunkan kualiti modal insan menerusi wadah pendidikan.

Ucapan Selamat Hari Guru

Oleh itu, pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Guru…Terima Kasih Cikgu..” kepada semua guru yang pernah mengajar dan mendidik saya menjadi insan berguna pada hari ini. Antaranya ialah :

Perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 akan dihalalkan??

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Judi ialah permainan yang melibatkan penaruhan harta ataupun penaruhan “nilai”. Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya ialah nombor ekor, sabung ayam dan pertaruhan bola sepak.

Pada lazimnya, perjudian dianggap sebagai amalan yang buruk kerana ia merupakan satu bentuk pengagihan harta yang tidak adil. Dalam perjudian, pihak yang menang akan mendapat harta tanpa melakukan apa-apa yang produktif. Lebih-lebih lagi kemenangan dalam perjudian biasanya bergantung kepada nasib.

Berjudi adalah jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi disebut ‘Al-Maisir’ dalam Bahasa Arab dan ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dengan pemenang akan mendapat hasil taruhan berlipat ganda.

Read the rest of this entry

Imbuhan Pegawai dan Kakitangan Awam Tolak Rasuah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

Read the rest of this entry

Budaya Makan Waktu Malam Punca Obesiti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tentu ramai bersetuju bahawa orang Malaysia makan mengikut selera. Apa sahaja makanan yang sedap akan diambil tanpa memikirkan kesan pada kesihatan.

Malah ramai juga yang berpegang pada falsafah, ‘hidup hanya sekali dan makanlah selagi ada selera sebab jika sudah sakit, semuanya tidak boleh dimakan’.

Pepatah ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’ tidak dihiraukan sehingga timbul falsafah baru, ‘dulu orang mati tak cukup makan, sekarang mati sebab berlebih makan’.

Read the rest of this entry