Afaf Sudah Masuk Universiti

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sudah lama saya tidak menulis pasal Afaf. Hari ini tiba-tiba terfikir nak tulis pasal dia. Semoga pembaca senang membaca tulisan kali ini.

Petang tadi seorang kawan baik masa sekolah menengah dahulu telah menelefon saya. Hampir lima tahun kami tidak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja. Kami berbual pasal kerja dan berkongsi cerita family masing-masing. Dia tanya pasal Afaf.

Saya cakap Afaf sudah masuk universiti. Dengan nada bergurau.

“Wahhhhhh….Betul ke Afaf sudah masuk universiti ???”

Dia hairan.

Mana mungkin umur tak sampai setahun lagi sudah masuk universiti????? Dia masih tertanya-tanya.

Saya ketawa sambil berkata,”em kalau nak tahu betul ke tak, esok tolong buka blog aku….Ada cerita pasal Afaf…hahaha..”

Buat kawanku,

Tengoklah gambar di atas dengan teliti, Afaf sedang bergambar dengan umminya ketika menghadiri Majlis Konvokesyen UIAM pada 10.10.2009 lalu. Ketika ini umur Afaf baru 11 hari. Umminya pula masih dalam pantang. Oleh kerana terlalu bersemangat untuk konvokesyen, dia gagahkan diri untuk menghadiri majlis tersebut. Katanya majlis seperti ini adalah sekali seumur hidup. Saya sokong pendapatnya.

Afaf pun tumpang sekali masuk UIAM untuk menemani umminya menerima ijazah. Insyaallah mudah-mudahan itu bukan kali pertama dan terakhir buat Afaf masuk universiti. Selepas ini Afaf nak masuk lagi. Nak belajar dan ambil ijazah seperti ummi. Doakan Afaf ya…

Tanjung Manis, Sarawak.
Khamis 12.00 am
30 April 2010 / 15 Jumadil Awal 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 30 April 2010, in MY FAMILY. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. semoga Afaf berjaya dunia dan akhirat. Ameen..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: