Gara-gara Meninggalkan Solat, Jenazah Bertukar Menjadi Babi Hutan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan pembaca setia Kalam Abu Musaddad, Solat adalah suatu kewajipan yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, tidak kira ianya miskin,kaya,hamba atau merdeka, lelaki mahupun wanita untuk melakukannya.

Sabda Rasulullah SAW:
“Ditegakkan Islam atas lima perkara : pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa dibulan ramadhan”.

Hadis di atas menjelaskan kepada kita bahawa kewajipan solat amat penting dalam kehidupan seharian bagi setiap individu muslim. Bagi mereka yang meninggalkan solat adalah berdosa besar kerana ia menjadikan seseorang itu tidak ada keislamannya kecuali mengerjakan solat pada setiap waktu disamping menunaikan rukun Islam yang lain. Dalam ertikata lain, rukun Islam mestilah dikerjakan dan wajib menjadikannya sebagai amalan harian yang berkekalan, supaya tidak cacat sifat keislamannya sebagai seorang muslim.

Namun masih ramai dikalangan masyarakat Islam pada hari ini mengabaikan suruhan solat ini. Malah ada yang tidak pernah solat selama hidupnya. Masyaallah. Mereka sering melakukan perbuatan-perbuatan yang ditegah oleh Islam seperti minum arak, judi, sabun ayam, menipu dan sebagainya. Selain itu, ada juga yang sengaja melengah-lengahkan solat. Mereka lebih pentingkan menonton televisyen daripada melakukan suruhan Allah itu yang berupa tiang kepada agama Islam.

Berhubung dengan meninggalkan solat, terdapat satu kisah yang menarik untuk dikongsikan bersama sebagai iktibar bagi kita yang bergelar orang Islam yang mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah.

Kisah ini berlaku pada zaman Rasulullah. Di mana ada seorang anak muda telah berjumpa dengan Rasulullah SAW sambil menanggis, pada ketika itu Rasulullah SAW sedang duduk bersama sahabat-sahabat yang lain.

“Mengapa engkau menangis wahai anakku?” tanya Rasulullah SAW.

“Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?” Tanya anak itu dengan perasaan sedih.

Apabila mendengar rintihan anak muda itu, maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan sahabatnya Abu Bakar dan Umar untuk pergi melawat jenazah itu. Apabila sampai di sana, betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, melihat mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali memberitahu kepada Rasulullah SAW apa yang mereka lihat .

Maka Rasulullah SAW pun datang sendiri ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah SWT sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Nabi menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah SAW menanyakan anak muda itu apa yang dilakukan dan dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya di dunia.

“Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,” jawab anak itu.

Kemudian Rasulullah SAW telah bersabda kepada para sahabatnya, “Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat.”

Kisah di atas menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Di atas dunia lagi telah ditunjukkan balasan bagi orang yang meninggalkan solat. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah tersebut. Mudah-mudahan kita menjadi hamba Allah yang sentiasa taat kepada perintah-NYA dan meninggalkan segala larangan-NYA iaitu menunaikan kewajipan solat lima waktu dan suruhan-suruhan lain.

Tanjung Manis, Sarawak.
Rabu 11.59am
21 April 2010 / 06 Jumadil Awal 1431
https://ibnismail.wordpress.com


About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 21 April 2010, in Kisah Teladan. Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. sholat terlihat mudah tapi sangatlah berat untuk di amalkan,
    terlihat kenapa kita sering menunda sholat dan akhirnya lupa…
    padahal sholat adalah amal terberat timbangannya,,

    dan dalam setiap kejadian terdapat pelajaran,,

    -wallahu’alam-🙂

  2. Na’uzubillah……rumah kalau tidak tiang tumbanglah ia…

    • emm betul tu nuriman……..solat itu adalah asas kpd amalan2 lain……..sekiranya solat kita diterima Allah, maka insyaallah amalan2 lain pun akan diterima oleh Allah….

  3. Majlis Haul Tokoh -Tokoh Ulama Kg kuala Tekal ke 14

    Aturcara

    23/4 : Majlis Mini Multaqa pahang ke-3
    Dewan Masjid Jengka (tertutup)

    24/4 : Majlis Maulid di Masjid Kuala Ma…i (terbuka kepada orang ra…mai)
    11.00 pg

    24/4 : Majlis Haul Kg Kuala Tekal ke14
    5.00 ptg – 9.00 mlm

    Tetamu Jemputan Khas

    Dr Habib Ahmad Al- Kaff
    Sheikh Hafiz (jenderam)
    Habib Ali Zainal Abidin Al Hamed ( UIA)
    Ust Sarafuddin ( Imam Besar Masjid Negeri Pahang)
    Habib Zaid ( Harmamawt)

    serta lebih 50 ulama tempatan serta luar

    menanti setiap hadirin
    Buku Manaqib Tokoh Ulama Warisan Nabi edisi ke2

    semoga kehadiran semua dapat memeriahkan dan menambah lagi keberkatan majlis ini
    …insyaallah

    http://www.facebook.com/group.php?gid=373479702889
    http://pondokhabib.wordpress.com

  4. kolot,, dna,anatomy of a human cant be change to sumthing else..this is the way of thinking trend that makes human never improved their knowledge.

    if u not approved this, this means that this forum are worthless and only accept one sided way of thinking, and that is u…

  5. Sangat memberi faedah

  6. betul tu saya sangat bersetuju bahawa solat itu tiang agama…hidup ini xlama…lagipun kita akhir zaman. Selagi berkemampuan untuk menunaikan solat. Solatlah selagi mampu. Insyallah keberkatan daripada Allah. Kita diredhai oleh Allah : )

  7. Solatlah kamu sbblum kamu di solatkn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: