Achik “Paling Comel” Meninggal Dunia dan Kekalahan Chelsea Buka Saingan Baru Memburu Juara Liga

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dua kisah yang ingin KAM paparkan pada hari ini iaitu kisah seorang artis popular Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai “Achik”. Beliau adalah bekas vokalis kumpulan ‘SPIN” telah meninggal dunia petang semalam dalam kemalangan ngeri yang berlaku di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin.

Allahyarham dikatakan memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar dan meletup. Kejadian berlaku ketika Achik bersama sepupunya, Salihin Md Salleh, 29, yang duduk di tempat penumpang depan dalam perjalanan pulang ke Seremban 2 selepas selesai menjalani rakaman program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia ditempat kejadian, manakala sepupunya mengalami kecederaan dibeberapa tempat pada bahagian badan. Mayat Allahyarham dan sepupunya yang mengalami kecederaan itu kemudiannya telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat dan menerima rawatan.

Seorang saksi kejadian berkata, dia tiba di tempat kemalangan ketika kenderaan itu belum terbakar, manakala Achik dan Salihin masih berada di tempat duduk masing-masing, tetapi penyanyi itu dipercayai sudah meninggal dunia.
“Saya bersama beberapa orang lain menarik kedua-dua mangsa keluar dari kenderaan ke tempat selamat. Tidak lama kemudian kenderaan itu mula terbakar dan api semakin marak,” katanya.

Lagu Paling Comel dinyanyikannya bersama Nana atau Siti Nordiana Mohd Alias mendapat sambutan hangat peminat sehingga melonjakkan nama Achik dalam bidang muzik. Allahyarham juga pernah dinobatkan Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia Ke-17 menerusi filem Diari Romeo pada 2004.

Ucapan takziah

Apapun yang pergi tetap pergi…Apabila sudah tiba ajalnya maka tiada sesiapa pun yang dapat menghalangnya. Namun kepada kita yang masih di beri kehidupan ini oleh Allah SWT, marilah sama-sama kita memperbaiki diri dengan mendekatkan diri kepada-NYA agar kita lebih bersedia untuk dijemput oleh-NYA.

Kepada seluruh keluarga Allahyarham KAM ucapkan takziah semoga Allahyarham tergolong di dalam golongan orang-orang yang terpilih di sisi Allah SWT. Al-FATIHAH…….

Pesanan KAM kepada diri dan semua pembaca setia Kalam ini, berhati-hatilah ketika memandu, patuhilah adab-adab yang diajar oleh Islam ketika memandu. Mulakan dengan kalimah “Bismillah dan doa” dan diakhiri perjalanan ke destinasi dengan kelimah “Alhamdulillah” sebagai ucapan syukur kepada Allah SWT kerana memberi keselamatan sepanjang perjalanan.

Mencurah air di atas daun keladi

Sebelum KAM mengakhiri kalam ini, mari sama-sama kita berfikir sejenak “kenapa masih berlaku kemalangan jalan raya, sedangkan pelbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan dan pelbagai pihak bagi menyedarkan masyarakat supaya memandu secara berhemah. Antaranya tidak boleh memandu dalam keadaan mabuk, kalau mengantuk dinasihatkan supaya berhenti sekejap, ikut arahan papan tanda, jangan melebihi had laju dan sebagainya. Apakah kempen-kempen sedemikian tidak memberi kesan dan kesedaran kepada masyarakat bab kata pepatah “seperti mencurah air di atas daun keladi” ?.” Muhasabahlah……………………..

Pasal Bola

Sedikit pasal perlawanan bola sepak yang telah berlangsung semalam iaitu antara Tottenham Hotspur dan Chelsea. Kekalahan Chelsea 2 – 1 kepada Spur semalam telah membuka kembali saingan untuk memburu juara liga musim ini.

Kini perbezaan mata antara Chelsea sebagai pendahulu liga dengan Manchester United adalah 1 mata sahaja dan masing-masing mempunyai tiga baki perlawanan lagi.

Perlawanan semalam amat sengit sekali dan bagi KAM Chelsea kurang menyerlah dan tidak bermain pada tahap yang sebenarnya walaupun telah menurunkan kesebelasan pemain utama.

Chelsea seolah-olah kehilangan arah apabila menerima serangan pantas dari penyerang Spur, namun ketangkasan penjaga gol Chelsea menghalang banyak peluang untuk Spur menambah jaringan.

Lebih malang lagi bagi pasukan Chelsea, bukan saja pulang dengan tangan kosong malah kaptennya, John Terry dibuang padang selepas mendapat dua kad kuning di White Hart Lane.

Bagaimanapun, pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti memberitahu ESPN: “Kejuaraan liga masih dalam tangan kami dan kami tidak sepatutnya bimbang.

Peluang masih terbuka

Apapun semua orang tahu, bola itu bulat…….Kejuaraan boleh menjadi milik siapa-siapa sahaja. Kini persaingan dalam liga EPL menjadi lebih sengit dan peluang untuk menjadi juara liga masih terbuka luas.

Tanjung Manis, Sarawak.
Ahad 11.49 am
18 April 2010 / 03 Jumadil Awal 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 April 2010, in Artis, BICARA SUKAN. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Salam Utz,

    Achik Spin sebenarnya merupakan kenalan keluarga saya dan masih bersahabat baik dgn adik sepupu saya sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Oleh kerana berita kemalangan Achik menyatakan yg Achik popular melalui lagu ‘Paling Comel’, saya pun cuba cari di Youtube lagu tersebut sbb nak tahu lagu yg mana satu. Mgkin agak pelik saya tak tau lagu tu sbb walaupun kenalan, saya jarang mengikuti perkembangannya dalam dunia hiburan. Beginilah lumrah hidup insan kan utz, bila kita meninggal dunia, sebenarnya hasil kerja kita akan kekal menjadi tatapan utk org lain yg masih hidup. Moga2 Kalam Abu Musaddad akan terus berbakti kpd umat Nabi Muhammad saw walaupun slps utz tiada kelak. Apapun bagi saya Achik seorang artis yang berbudi bahasa & tidak sombong walaupun berada dalam dunia yg serba glamour. Takziah buat semua ahli keluarga & sahabat handai Achik.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt….em betul tu…moga2 setiap kebaikan yg kita lakukan di dunia ini menjadi amal jariah untuk bekalan di akhirat kelak…….****

  2. innalillaahi wainnalillaahi rajiun…

  3. Salam…itu masa dia..giliran kita belum tahu lagi…moga di tempatkan di sisi orang beriman…lagu2nya sedap di dengar..tp Allah lebih sygkan dia. Benarlah ya kematian itu tidak mengenal usia dan tempat. Al Fatihah…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: