Pendedahan Video Serangan Helikopter Apache AS di Baghdad

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebuah laman web semalam menyiarkan video mengenai serangan tentera Amerika Syarikat menggunakan helikopter Apache ke atas Baghdad tiga tahun lalu yang mengorbankan dua kakitangan agensi berita Reuters.

Laman web WikiLeaks itu mengakui video berkenaan diperoleh daripada beberapa anggota tentera Amerika. Video itu yang turut merakamkan perbualan antara juruterbang Apache dengan pusat kawalan tentera di darat ketika mereka sedang mengesan seorang lelaki di jalan raya di Baghdad dan meminta kebenaran untuk menembaknya.

Klip video pada Julai 2007 itu menunjukkan gambaran dari atas beberapa lelaki di jalan raya Baghdad, termasuk dua yang kemudian dikenal pasti sebagai kakitangan Reuters, iaitu Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh.

Sekurang-kurangnya dua individu dalam video itu didakwa mereka membawa senjata tetapi kebanyakan mereka tidak bersenajata.

Juruterbang Apache berkenaan dikatakan melakukan kesilapan apabila memberitahu kamera yang dipegang dua kakitangan Reuters berkenaan adalah pelancar roket atau RPG.

Ketika itu, juruterbang Apache memaklumkan bahawa beliau mengesan “lima hingga enam orang bersama senjata AK-47” dan meminta kebenaran untuk menyerangnya.

Juruterbang Apache itu kemudian mula menembak dengan salah seorang di dalam pesawat memberitahu “mayat bergelimpangan di sana”

“Tengok semua ‘anak haram’ itu sudah mati,” kata seorang lagi rakannya.

Seorang lagi menjawab: “Ia (tembakan) hebat.”

Seorang daripada juruterbang itu mengarakan salah seorang lelaki yang cedera itu mengambil “senjatanya” supaya juruterbang itu boleh menembak semula ke arahnya.

Beberapa minit kemudian, sebuah van dilihat mengambil mangsa yang maut dan cedera sebelum ditembak balas oleh juruterbang Apache.

Dua kanak-kanak di dalam can berkenaan cedera sebelum diselamatkan tentera Amerika yang kemudian tiba di tempat kejadian.

Pegawai tentera Amerika bagaimanapun menyifatkan video itu “tidak memberi maklumat baru dan tidak lebih daripada rakaman videa.

“Sejak 2007, kami mengetahui semuanya yang terkandung dalam video itu.

“Kami mengetahui serangan yang berlaku di mana dua kakitangan Reuters terbunuh.

“Kami juga mengetahui dua kanak-kanak cedera,” kata pegawai berkenaan.

“Senjata RPG dalam video itu memang yang betul. Kami berdepan dengan musuh dan pemberita di kawasan tentera Amerika sedang menjalankan serang hendap.

“Pada masa sama tidak tidak boleh mengenal pasti dengan betul sama ada kakitangan Reuters itu membawa kamera atau senjata,” katanya.

Dalam satu kenyatannya, Ketua Pengarang Berita Reuters, David Schlesinger berkata, kematian Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh tiga tahun lalu adalah tragik dan lambang tahap bahaya yang tinggi apabila membuat liputan di zon perang. – AFP

Sumber : Berita Harian

Antara artikel menarik mesti anda baca :

Tanjung Manis, Sarawak.
Selasa
06 April 2010 / 21 Rabiul Akhir 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 6 April 2010, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Nice info bro! Thanks atas kunjungannya

    ****KAM : Thanks juga untuk anda……..****

  2. Salam kenal juga

    ****KAM : Thanks…………****

  3. beberapa waktu lalu telah melihat berita ini..
    namanya penjajah tetaplah penjajah

    Sepandai2 Tupai melompat pasti akan jatuh pula

  4. apapun yang terjadi disana, tetap saja tentara amerika terlalu berlebih dalam bertindak…
    sebuah dugaan saja tak cukup untuk melakukan aksi mematikan itu,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: