Din Beramboi Meninggal Dunia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Penyampai radio Era dan pelawak terkenal, Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 43, atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi meninggal dunia di Hospital Selayang (HS) di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selepas menghidap demam denggi berdarah sejak Isnin lalu. Takziah buat keluarga Din. Al-fatihah..

Allahyarham dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu sejak Isnin lalu selepas menghidap demam denggi berdarah dan keadaannya dilaporkan kritikal serta tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika menerima rawatan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ihsan Kepong sebelum solat Jumaat. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga cahaya mata perempuan.

Tanjung Manis, Sarawak.
Jumaat.
02 April 2010 / 17 Rabiul Akhir 1431
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 2 April 2010, in Artis. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Innalillahi wa inna ilaihi rojioun… jom sertai komuniti SMAJ di http://maahadraudhahalnazirin.ning.com/ meriahkan, imarahkan n sumbangkan, sila hebah2 kan juga kpd seluruh kenalan ex-students SMAJ… syukran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: