Mayat Janin dan Balang Gula-gula

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad, hari ini satu lagi kisah yang menyayat hati sanubari bagi kita manusia yang mempunyai perasaan kasih dan sayang di mana satu lagi mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara.

Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan. Boleh dikatakan setiap hari kita disajikan dengan berita-berita sadis seperti ini seolah-olah ia tidak menjadi kesalahan dan keinsafan kepada si pelakunya.

Setiap hari ada sahaja berita didada-dada akhbar tempatan yang melaporkan kes pembuangan bayi. Mereka dibuang dan dibunuh dengan kejam oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Apa dah jadi dengan masyarakat kita. Kebanyakkan kes-kes seperti ini dilakukan oleh orang Melayu dan beragama Islam. Hal ini amat menyedihkan. Sedangkan agama Islam melarang keras perbuatan zina dan membunuh.

Jika kita lihat, pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan bagi menyedarkan masyarakat khususnya golongan remaja untuk mengurangkan kes pembuangan bayi ini terus berlaku, tetapi apa yang kita dapati kes ini dari tahun ke setahun makin meningkat.

Apakah kaedah atau cara yang terbaik untuk membendung perbuatan keji dan terkutuk ini daripada terus berleluasa sehingga kalau kita tengok pada hari ini semacam perkara ini tidak boleh dikawal lagi. Marilah sama-sama kita muhasabah dan berfikir bagaimana kaedah terbaik untuk mengatasinya. Mudah-mudahan Allah SWT memberi jalan kepada kita dan membuka minda serta pintu hati sesetengah pihak untuk melaksanakan hukum-hukum yang telah digariskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran agar perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini dapat di atasi.

Artikel lain yang perlu anda baca :

Tanjung Manis, Sarawak.
Rabu.
31 Mac 2010 / 15 Rabiul Akhir 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 31 Mac 2010, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: