Champions League : Chelsea Tersingkir, Inter Milan Memang Hebat!!

Kelab Itali, Inter Milan melakukan kejutan di Stamford Bridge apabila menewaskan Chelsea 1-0 pada perlawanan kedua 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Samuel Eto’o menjadi wira Inter dengan menghasilkan gol menerusi larian dan tendangan leret menggegarkan jaring Chelsea pada minit ke-78.

Nyata anak buah Jose Mourinho lebih mendominasi perlawanan di tempat lawan dan bekas pengendali Chelsea itu nyata berjaya mencatur strategi lebih menyengat.

Keputusan itu membolehkan Inter layak ke suku akhir dengan kemenangan agregat 3-1. Sebelum ini pada perlawanan pertama, Inter menang 2-1.

Lebih malang lagi buat Chelsea apabila penyerangnya, Didier Drogba diarah keluar padang selepas dilayangkan kad merah, kira-kira lapan minit permainan hendak tamat.

Chelsea sepatutnya menggunakan kelebihan bermain di gelanggang sendiri menentang inter milan, tetapi percaturan dan strategi yang di gunakan Ancelotti nyata dapat di atasi oleh Jose mourinho.

Ternyata Jose Mourinho lebih unggul dlm strateginya…congrats. Chelsea cuba lagi tahun depan…hu hu hu hu…

Tanjung Manis, Sarawak.
Rabu.
17 Mac 2010 / 01 Rabiul Akhir 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 17 Mac 2010, in BICARA SUKAN. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. dua-duanya jagoanku …
    baik inter maupun chelsea

    ****KAM : Saya chelsea………tp nasiblah…hahahahaha……………****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: