Sekalung Tahniah Buatmu Calon SPM 2009

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kalam ini KAM tujukan khas untuk semua calon SPM 2009 yang telah mendapat keputusan masing-masing yang diumumkan kelmarin.

Sekalung tahniah diucapkan di atas kejayaan anda kerana mengikut laporan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, beliau berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon pada kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.

Tanpa kesabaran, semangat jitu, tidak mudah putus asa dan kaedah pembelajaran yang berkesan serta sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan, anda tidak mungkin mencapai kejayaan sepertimana anda miliki pada hari ini.

“Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah”.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.

Namun bagi calon yang kurang bernasib baik, anda jangan putus asa, pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Sebagai hamba Allah, kita mesti redha dengan apa yang kita perolehi pada hari ini.

Kesenangan atau kesusahan, kerjayaan atau kegagalan, semuanya adalah ketentuan ILAHI. DIAlah yang menentukan nasib seseorang sejak azali lagi. Namun nasib itu akan berubah apabila kita sentiasa bermohon dan tidak berputus asa berusaha dan berdoa kepada-NYA. Allah SWT tidak mengubah nasib sesuatu kaum (seseorang) itu kecuali kaum itu sendiri yang berusaha untuk mengubahnya. Maka setelah kita berusaha, maka bertawakkallah kepada Alah SWT.

Akhir kalam, KAM ingin mengingatkan agar jadikalah kejayaan pada hari ini sebagai langkah pertama untuk melangkah kepada kejayaan yang seterusnya kerana perjalanan anda masih jauh lagi. Hiasilah langkah-langkah seterusnya dengan keimanan dan ketakwaan kepada-NYA. Insyaallah kejayaan tetap menjadi milik anda. Setiap kejayaan yang anda perolehi akan membuatkan hati kedua ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan gembira selalu.

Tanjung Manis, Sarawak.
Jumaat.
12 Mac 2010 / 26 Rabiul Awal 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 12 Mac 2010, in PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. khairuummah77

    Madrasah Khairu Ummah

    Kami memerlukan sumbanggan anda untuk menjayakan pembenaan pondok ini. #Segala sumbangan hendaklah disalurkan melalui Bank Muamalat Malaysia Berhad No akaun : 0302-0000656-71-8 dan Maybank Islamic Berhad No akaun: 55310 4411 805 di bawah nama:-PERTUBUHAN UMAT CEMERLANG KELANTAN (KHAIRU UMMAH).

    Sila Layarai – http://khairuummah77.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: