Mayat Janin dan Balang Gula-gula

31 Mac 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera buat semua pembaca setia Kalam Abu Musaddad, hari ini satu lagi kisah yang menyayat hati sanubari bagi kita manusia yang mempunyai perasaan kasih dan sayang di mana satu lagi mayat janin perempuan berusia antara tiga hingga empat bulan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan Tokong Foo Yan di Jinjang Utara.

Mayat tersebut ditemui disumbat di dalam balang gula-gula setinggi 0.1 meter oleh seorang pengawal keselamatan. Boleh dikatakan setiap hari kita disajikan dengan berita-berita sadis seperti ini seolah-olah ia tidak menjadi kesalahan dan keinsafan kepada si pelakunya.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Sekalung Tahniah Buatmu Calon SPM 2009

12 Mac 2010

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kalam ini KAM tujukan khas untuk semua calon SPM 2009 yang telah mendapat keputusan masing-masing yang diumumkan kelmarin.

Sekalung tahniah diucapkan di atas kejayaan anda kerana mengikut laporan Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, beliau berkata, pada keseluruhannya pencapaian calon pada kali ini amat membanggakan dan melebihi pencapaian tahun sebelumnya.

Tanpa kesabaran, semangat jitu, tidak mudah putus asa dan kaedah pembelajaran yang berkesan serta sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan, anda tidak mungkin mencapai kejayaan sepertimana anda miliki pada hari ini.

“Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah”.

Baca baki entri ini »


Janji Ganjaran Pahala, Bapa Jahat Tergamak Menikahkan Anak Umur 10 Tahun

11 Mac 2010

“Baba jahat!…Baba jahat!” tangis seorang budak perempuan berusia 10 tahun kepada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an di sini.

Lebih memeranjatkan, upacara ‘nikah koboi’ itu diadakan dalam sebuah kereta dengan bapa kanak-kanak itu bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Pernikahan diragui itu diceritakan sendiri ibu kanak-kanak terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Na, 33, kepada Harian Metro selepas dimaklumkan anak perempuannya itu.

Baca baki entri ini »


Beradab Apabila Bertanya

2 Mac 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Semasa KAM berjalan-jalan untuk pergi ke salah sebuah pasar raya di Sarikei pada minggu lepas, KAM disapa oleh tiga orang remaja yang berumur dalam lingkungan 20-an. Mereka menepuk bahu KAM dari arah belakang. Terkejut juga apabila melihat tiga orang remaja dibelakang, cara mereka menegur ala-ala samseng, ingat mereka hendak merampok, tetapi rupa-rupanya mereka bertiga ingin bertanya sesuatu.

Salah seorang daripada remaja tersebut bertanya kepada KAM, “Bang…Abang nak pergi mana…Kami nak tanya ni…Kat mana ekk BSN (Bank Simpanan Nasional) yang baru? Tadi kami pergi tempat lama tu, tapi sana dah tutup…”

“Emm…Saya nak pergi pasar raya tu…BSN???? Oooo tempat lama tu dah tutup ke…Saya tak pasti la kat mana dik, tapi kawan saya cakap kalau tak silap bank tu kat shell minyak sebelah sana…Cubalah adik pergi sana…” jawab KAM.

Baca baki entri ini »