Teruja…Afaf Dah Boleh Meniarap

“Abang….Gembiranya hari ni….Gembira sangat-sangat ni…..”

Ini adalah SMS isteri kepada KAM…”Apakah yang berlaku sehingga dia begitu gembira sekali pada hari ini..” Fikir KAM.

“Mungkin ada sesuatu luar biasa berlaku ni… sehingga dia begitu teruja sekali…” Bisik KAM dalam hati.

Kemudian nada dering SMS telefon KAM berbunyi lagi. Lalu KAM terus membukanya…

“Cepatlah balik bang…Tengok anak kita ni… Saya gembira dan bahagia sangat tengok Afaf hari ni….”

Jam sudah menunjukkan pukul 04.35 petang, lagi setengah jam untuk menamatkan kelas Kelab Kaligrafi.

“Ok..Sekejap lagi jam 5 abang balik….” Balas KAM.

Apabila sampai di rumah, KAM bertanya kepada isteri..

“Kenapa gembira sangat hari ni…Sehingga tak sabar-sabar suruh abang balik, ada apa-apa berlaku ke ?

“Emmmm…Kalau abang nak tahu, hari ini anak abang dah boleh meniarap. Beberapa kali dia cuba, akhirnya berjaya juga..”

Alhamdulillah…Syukur sangat-sangat…akhirnya Afaf berjaya juga setelah beberapa hari sebelum ini dia mencuba.

Umur Afaf sekarang adalah 4 bulan. Di bawah ini terdapat beberapa foto aksi Afaf di saat kejayaannya yang dirakam oleh isteri.

Kami sangat gembira dan bahagia dengan perkembangan Afaf sekarang. Doa kami mudah-mudahan Afaf menjadi anak yang cemerlang dan solehah dunia dan juga akhirat. Aminnn.

p/s : Artikel ini di tulis pada Sabtu 09 Januari 2010.

Tanjong Manis, Sarawak.
Sabtu
20 Februari 2010 / 06 Rabiul Awal 1431
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

3 Responses to Teruja…Afaf Dah Boleh Meniarap

  1. mohd zain berkata:

    salam..wah…besar dh ank demo
    tahniah utk afaf
    x sabo kawe tggu baby kawe ni
    heheheh

    ****KAM : Wslm…em sabor la dh tak lama tuh nak jadi ayoh….hehhehe…****

    Like

  2. makteh berkata:

    amboi cmelny afaf…………. walauappn,mkteh hrp brsha utk brjlan plak……hehehe

    ****KAM : Tima kasih makteh…****

    Like

  3. kaklong berkata:

    kiutnya….besar2 jadi budak bek eh….

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: