Salam Maulidur Rasul 1431H / 2010M

26 Februari 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KAM ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1431H / 2010 M kepada semua umat Islam di seluruh pelosok dunia terutama ahli keluarga dan warga pendidik SK Tanjung Manis serta seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Marilah sama-sama kita menghayati dan junjung kecintaan kepada junjungan agung Nabi Muhammad SAW dengan menjadikan Baginda SAW sebagai ikon dan ikutan terbaik dalam hidup kita.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Ucapan Tahniah Untuk Calon STPM 2009

25 Februari 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KAM ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua calon STPM tahun 2009 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM yang diumumkan pada hari ini.

Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa.

Kejayaan yang anda capai ini juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon STPM pada tahun ini.

Baca baki entri ini »


Result STPM 2009 diumumkan Khamis Ini

22 Februari 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Untuk makluman semua calon STPM 2009,

keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 akan diumumkan pada hari khamis 25 Februari 2010 ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.

Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM dan hantar ke 36363, atau menaip STPM Result dan hantar ke 15888.

Baca baki entri ini »


Teruja…Afaf Dah Boleh Meniarap

20 Februari 2010

“Abang….Gembiranya hari ni….Gembira sangat-sangat ni…..”

Ini adalah SMS isteri kepada KAM…”Apakah yang berlaku sehingga dia begitu gembira sekali pada hari ini..” Fikir KAM.

“Mungkin ada sesuatu luar biasa berlaku ni… sehingga dia begitu teruja sekali…” Bisik KAM dalam hati.

Kemudian nada dering SMS telefon KAM berbunyi lagi. Lalu KAM terus membukanya…

“Cepatlah balik bang…Tengok anak kita ni… Saya gembira dan bahagia sangat tengok Afaf hari ni….”

Baca baki entri ini »