Al-Fatihah : Sultan Johor Mangkat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Foto dipetik : KLpos.com

Hari ini seluruh rakyat Malaysia berdukacita, khususnya rakyat negeri Johor di atas kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 78, malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bharu pada pukul 5 petang kelmarin kerana gering.

Baginda yang memerintah Johor selama hampir tiga puluh tahun mangkat pada pukul 7.15 malam. Kemangkatan baginda telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang media di kediamannya di sini.

Istiadat pemakaman akan diadakan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini pada pukul 2 petang ini. Sejam sebelum itu, majlis pertabalan sultan baru akan diadakan di Istana Besar sebelum jenazah baginda dimakamkan.

AL-FATIHAH.

Tanjong Manis, Sarawak.
Sabtu.
23 Januari 2010 / 08 Safar 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 23 Januari 2010, in UMUM. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: