Kenaikan Harga Gula Bebankan Rakyat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

GULA OH GULA. Sehari sebelum tahun baru 2010, KAM pergi ke Sarikei untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan barang-barang keperluan lain.

Kemudian zaujah SMS KAM, “Abang…Kalau ada gula, tolong beli 2 kilo ek….Kedai kat Tanjong Manis takde gula langsung ni….”.

KAM terus pergi ke pasar raya untuk mencari gula yang dipesan oleh isteri. Semua pasar raya KAM pergi, semua rak tempat menyimpan gula telah pun kosong. Semuanya takde gula lagi..Dah habis…

KAM pergi pula ke kedai runcit sekitar bandar Sarikei dengan harapan dapat membeli gula walaupun sekilo. Tetapi semua kedai yang KAM kunjungi semuanya takde jual gula. Kebanyakan alasan yang diberi oleh peniaga adalah buat masa ni gula belum sampai, mungkin esok lusa baru ada jual di sini.

Manakala kata salah seorang Tauke kedai yang KAM kunjungi… “You datang besok ajelah…Datang pagi-pagi baru ada gula….”

KAM mula berfikir…”kenapa semua kedai termasuk pasar raya takde gula hari ini..”. Ini mesti ada yang tak kena…Kot-kot gula disorot…

Semasa di dalam ekspress untuk pulang ke Tanjong Manis, KAM bertanya kepada seorang penumpang yang duduk disebelah KAM. “Kenapa saya pergi semua kedai kat Sarikei tadi semuanya takde gula ?” tanya KAM.

“Harga gula nak naik kot…kebiasaannya macam tu lah apabila kerajaan nak umum kenaikan harga…berlakulah penyorokan gula, kemudian baru mereka jual…Mahu untung lebih baa…Dah 2 minggu takde gula, kalau ade pun hanya sedikit jer, tu pun susah nak dapat…”

Masalah ketiadaan bekalan gula mula berlaku semenjak 2 minggu lepas. Kebanyakan pengguna merungut berkaitan dengan masalah ketiadaan bekalan gula ini.

Pada malam tahun baru 2010, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah membuat pengumuman bahawa kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak berkuatkuasa pada 01 Januari 2010.

Huuuuuuuuuuuuu…Mungkin inilah hadiah kepada rakyat sempena tahun baru 1431 @ 2010. Perkara ini tidak patut berlaku walaupun kenaikan sekadar 20 sen tetapi ia tetap memberi impak negatif serta kesengsaraan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Diharap kenaikan harga gula dapat dibatalkan atau ditangguhkan demi menghayati konsep 1Malaysia Rakyat Didahulukan.

Tanjong Manis, Sarawak.
Isnin.
04 Januari 2010 / 18 Muharram 1431
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 4 Januari 2010, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: