Pembuka Bicara 1431 @ 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

BICARA. Salam silatulrahim buat semua teman-teman pembaca setia Kalam Abu Musaddad.

Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT dengan pelbagai nikmat dan rahmat di dunia ini untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA sebagai khalifah di muka bumi milik Allah ini.

Buat pengetahuan teman-teman, sekarang KAM sekeluarga sudah pun berada di Tanjong Manis. Anak isteri semuanya ada di sini. Esok lusa sekolah dah buka, dah mula bertugas seperti biasa.

Ahhh…sedar atau tidak, tahun 1430 @ 2009 telah meninggalkan kita. Pastinya pada tahun tersebut banyak kenangan-kenangan manis dan pahit, suka duka dan sebagainya berlaku dalam kehidupan kita.

Sebagai pembuka bicara 1431 @ 2010, KAM ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua teman-teman pembaca Kalam Abu Musaddad, sama ada anda seorang eksekutif, pensyarah, doktor, guru, pelajar dan sesiapa sahaja di atas kejayaan yang anda perolehi pada tahun lepas. Teruskan usaha pada tahun ini agar KEJAYAAN terus menjadi milik anda. Manakala kepada mereka yang kurang BERJAYA pada tahun lepas, jangan mudah putus asa dan mudah mengalah. Pertingkatkan usaha di samping sentiasa berdoa dan dekat dengan Allah SWT. Mudah-mudahan pada tahun ini menjadi TUAH anda.

Di sini juga sebagai seorang guru, KAM ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar di atas KEJAYAAN anda mendapat result cemerlang di dalam UPSR dan PMR yang diumumkan baru-baru ini. Kejayaan tidak datang bergolek tanpa ada usaha yang gigih.

Semoga Allah menjadikan kehidupan kita (yang mendatang) itu sebagai peluang untuk kita menambahkan segala kebaikan, dan menjadikan kematian itu sebagai penghalang kita daripada meneruskan segala kejahatan.

Selain itu, KAM memohon kemaafan sekiranya komentar anda belum terjawab. Insyaallah KAM akan berusaha replynya sedikit masa lagi. Sekian terima kasih.

Tanjong Manis, Sarawak.
Sabtu
02 Januari 2010 M / 16 Muharram 1431 H
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 2 Januari 2010, in UMUM. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: