Monthly Archives: Januari 2010

Al-Fatihah : Sultan Johor Mangkat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Foto dipetik : KLpos.com

Hari ini seluruh rakyat Malaysia berdukacita, khususnya rakyat negeri Johor di atas kemangkatan Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 78, malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bharu pada pukul 5 petang kelmarin kerana gering.

Baginda yang memerintah Johor selama hampir tiga puluh tahun mangkat pada pukul 7.15 malam. Kemangkatan baginda telah diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang media di kediamannya di sini.

Read the rest of this entry

Paderi Australia Akui Kalimah Allah Hanya Untuk Orang Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Paderi Australia, Pastor Brutus Balan, menegaskan bahawa kepenggunaan kalimah Allah tanpa mengira dari mana asal bermulanya perkataan itu, adalah jelas berkaitan aspek ketuhanan Islam.

Paderi Gereja Baptist itu berkata, adalah salah untuk membuat sebarang terjemahan daripada kitab Injil bagi penggunaan kalimah Allah kerana ia akan menyebabkan kekeliruan serta kekaburan dalam membezakan antara ajaran Injil dan al-Quran.

Menurutnya, polemik penggunaan kalimah Allah tidak wajar dihujah mengikut ilmu semantik atau pengertian makna semata-mata.

“Kenapa tidak media Kristian, akhbar dan penterjemahan Injil menggunakan bahasa Hebrew bagi ‘Yahweh’ sebagai ‘Lord’ dan Elohim sebagai ‘God’ atau dalam bahasa Melayu atau Arab dan juga bahasa lain selain daripada kalimah Allah.

Read the rest of this entry

SPM 2010 ikut Formula 10 + 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal SPM 20A

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Formula 10 + 2 iaitu dasar mengehadkan 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diputuskan terdahulu, adalah kekal tetapi kelonggaran diberi kepada pelajar bagi mengambil tidak lebih daripada dua mata pelajaran tambahan seperti dinyatakan sahaja.

Perkara itu adalah hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Disember 2009 untuk menerima rayuan pelbagai pihak agar calon SPM dibenarkan mengambil dua lagi mata pelajaran tambahan mulai tahun peperiksaan 2010.

Dua mata pelajaran tambahan tersebut adalah Bahasa Cina dan Kesusasteraan Cina atau Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil. Sementara itu, calon-calon SPM yang mengambil aliran agama sains pula dibenarkan mengambil Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran tambahan.

Read the rest of this entry

Rumah Genius Matematik, Adi Putra Diserbu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terkejut apabila membaca berita yang dilaporkan oleh myMetro hari ini apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak, diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.

Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.

Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.

Read the rest of this entry

Anak Biri-biri Mirip Manusia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Foto dipetik : KOSMO! Online

KAM tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh KOSMO! Online pada hari ini berkaitan dengan seekor anak biri-biri memiliki wajah seperti manusia yang berlaku di sebuah kampung (IZMIR) di Turki.

Anak biri-biri itu dikeluarkan menerusi pembedahan daripada ibunya. Anak biri-biri itu yang mempunyai mata, hidung dan bibir seperti manusia.

Menurut Erhan Elibol (doktor haiwan di sebuah kampung di Turki), “Saya pernah melihat anak lembu dan biri-biri yang dilahirkan dengan mempunyai tubuh yang pelik akibat proses mutasi seperti yang bermata satu, berkepala dua atau berkaki lima.

Read the rest of this entry

Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KALIMAH ALLAH. Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

“Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

Read the rest of this entry

Kenaikan Harga Gula Bebankan Rakyat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

GULA OH GULA. Sehari sebelum tahun baru 2010, KAM pergi ke Sarikei untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan barang-barang keperluan lain.

Kemudian zaujah SMS KAM, “Abang…Kalau ada gula, tolong beli 2 kilo ek….Kedai kat Tanjong Manis takde gula langsung ni….”.

KAM terus pergi ke pasar raya untuk mencari gula yang dipesan oleh isteri. Semua pasar raya KAM pergi, semua rak tempat menyimpan gula telah pun kosong. Semuanya takde gula lagi..Dah habis…

KAM pergi pula ke kedai runcit sekitar bandar Sarikei dengan harapan dapat membeli gula walaupun sekilo. Tetapi semua kedai yang KAM kunjungi semuanya takde jual gula. Kebanyakan alasan yang diberi oleh peniaga adalah buat masa ni gula belum sampai, mungkin esok lusa baru ada jual di sini.

Read the rest of this entry

Antara Cabaran dan Pengalaman Guru-guru Di Pedalaman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

CABARAN. Sesi persekolahan bagi tahun 2010 akan bermula tidak lama lagi. Pengajaran dan pembelajaran akan bermula meliputi peringkat TADIKA, Pra-Sekolah, Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah.

Para ibubapa tentunya sibuk menguruskan dan melengkapkan keperluan persekolahan anak-anak. Manakala guru-guru pula sudah mula membuat persiapan untuk menghadapi cabaran 2010 pula.

Para guru dan murid bertemu lagi setelah hampir sebulan bercuti. Bagi guru-guru yang mengajar di pedalaman, jangan jadikan alasan kesusahan itu sebagai penghalang untuk terus berbakti dan mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.

Sebaliknya, jadikan segala kesusahan dan kesulitan itu sebagai penawar dan semangat untuk kita terus berkhidmat sebagai pendidik semoga semua anak didik kita mendapat apa yang mereka sepatutnya dapat daripada seorang guru.

Di bawah ini terdapat beberapa video yang menceritakan tentang keperitan, kesusahan dan pengalaman berguna sebagai seorang yang bergelar “PENDIDIK”….

Read the rest of this entry

Pembuka Bicara 1431 @ 2010

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

BICARA. Salam silatulrahim buat semua teman-teman pembaca setia Kalam Abu Musaddad.

Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh Allah SWT dengan pelbagai nikmat dan rahmat di dunia ini untuk terus mengabdikan diri kepada-NYA sebagai khalifah di muka bumi milik Allah ini.

Buat pengetahuan teman-teman, sekarang KAM sekeluarga sudah pun berada di Tanjong Manis. Anak isteri semuanya ada di sini. Esok lusa sekolah dah buka, dah mula bertugas seperti biasa.

Ahhh…sedar atau tidak, tahun 1430 @ 2009 telah meninggalkan kita. Pastinya pada tahun tersebut banyak kenangan-kenangan manis dan pahit, suka duka dan sebagainya berlaku dalam kehidupan kita.

Sebagai pembuka bicara 1431 @ 2010, KAM ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua teman-teman pembaca Kalam Abu Musaddad, sama ada anda seorang eksekutif, pensyarah, doktor, guru, pelajar dan sesiapa sahaja di atas kejayaan yang anda perolehi pada tahun lepas. Teruskan usaha pada tahun ini agar KEJAYAAN terus menjadi milik anda. Manakala kepada mereka yang kurang BERJAYA pada tahun lepas, jangan mudah putus asa dan mudah mengalah. Pertingkatkan usaha di samping sentiasa berdoa dan dekat dengan Allah SWT. Mudah-mudahan pada tahun ini menjadi TUAH anda.

Read the rest of this entry