Kenali Pasar Besar Siti Khadijah Bandaraya Islam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

pasar besar siti khadijah1

MELANCONG. Salam ukhwah buat semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, semoga anda bahagia di samping keluarga tercinta dan selamat bercuti dihujung minggu.

Musim cuti sekolah hampir tiba, hanya beberapa minggu lagi sekolah akan bercuti. Mungkin sempana cuti sekolah hujung tahun ini, anda dan keluarga telah membuat perancangan untuk bercuti dan pergi melancong ke tempat-tempat menarik khususnya dalam negara kita Malaysia.

Buat Perancangan dan Bajet

“Abang…Apa kata cuti sekolah nanti kita bawa anak-anak pergi bercuti kat negeri pantai timur….Kita pergi Kelantan…Teringin sangat saya nak pergi negeri bandaraya Islam tu….Nak tengok macam mana suasana bandarayanya yang mashur sangat dengan jolokan “bandaraya Islam” tu….” saran Mila kepada suaminya.

“Yelah…dah banyak negeri kita pergi melancong, tetapi negeri Kelantan tak pernah sampai lagi ni….Elok juga saranan awak tu….Nanti kita bagitahu anak-anak, pasti mereka suka…..” jawab Azman.

Tambah Azman lagi, ” Ok…Macam ni…Awak kira bajet perbelanjaan keluarga kita dulu, kalau ada peruntukan baru boleh kita pergi….”

“Alahhh abang ni…Nak berkira-kira la pulak….Sebelum ini pun kita tak pernah kira bajet pun….Dapat pergi juga…” mengeluh Mila sambil melihat muka suaminya.

“Bukan apa…Tahun ini abang ada azam baru…hehehe…Setiap perbelanjaan kita perlu buat bajet, baru kita tahu ke mana duit kita keluar…Dengan membuat bajet, dapat mengelakkan pembaziran……” jelas Azman sambil tersenyum melihat riaksi isterinya itu.

“Abang, orang kata kat Kelantan tu barang murah harganya….Betul ke ? ” tanya Mila kepada Azman.

“Emmm..Abang dengar pun begitu juga, takpelah nanti kita singgahla kat Pasar Besar Siti Khadijah tu…” jawab Azman ringkas.

Sekiranya anda sekeluarga telah membuat perancangan untuk pergi melancong dan membeli-belah di Negeri Che Siti Wan Kembang, jangan lupa singgah di Pasar Siti Khadijah. Pasar ini sangat menarik dan banyak keunikannya.

pasar siti khadijah 2

Nama Asal Pasar Besar Siti Khadijah

Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.

Pelbagai Jenis Barangan

Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.

Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.

Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.

Nama Siti Khadijah

Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.

Waktu Operasi

Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.

Selain Pasar Besar Siti Khadijah, terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik khususnya untuk membeli-belah antaranya ialah Pasar Malam Wakaf Che Yeh, Bazar Buluh Kubu, Pasar Gok Kapor, dan Gerai Jagung.

Akhir kalam, KAM berharap dengan perkongsian info ini akan memberi sedikit manfaat kepada anda khususnya kepada mereka yang ingin pergi melancong dan bercuti ke Negeri Kelantan Bandaraya Islam.

Tanjong Manis, Sarawak.
Ahad.
01 November 2009 M / 13 Zulkaedah 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

2 Responses to Kenali Pasar Besar Siti Khadijah Bandaraya Islam

  1. Tanpa Nama berkata:

    klate mmg hbt..ambo bgga jd rkyat klate..amin

    Like

  2. Ayie Backpacker berkata:

    pasar siti khadijah memang best, terbaik, thanks atas perkongsian

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: