Aidiladha ditetapkan Pada Jumaat 27 November 2009

18 November 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

RAYA KORBAN. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah telah mengumumkan bahawasanaya :

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Good Luck Semua Calon SPM dan STPM 2009

16 November 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

examspm

TERBAIK. Pertama sekali kalam ini ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru di seluruh tanahair kerana bertukus lumus mendidik, membantu dan membimbing calon-calon SPM dan STPM pada tahun ini. Semoga segala usaha diberkati Allah SWT dan mencapai kecemerlangan.

Kepada calon SPM dan STPM 2009, “SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM dan STPM”, buat yang terbaik untuk diri kerana kecemerlangan anda adalah kebanggaan ibu bapa dan guru-guru.

Baca baki entri ini »


Masa Tidak Mengizinkan Kita…

14 November 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

masaku

MASA. Hampir seminggu lebih ana tidak mencatatkan sesuatu di blog ini.

Ramai di antara sahabat-sahabat dan rakan-rakan pembaca Kalam Abu Musaddad bertanya melalui komentar dan email, ke mana ana pergi ? Kenapa begitu lama tak update blog ini ? Biasanya setiap hari kalam ini berbicara dengan pelbagai isu dan juga cerita yang menarik.

Baca baki entri ini »


Bahasa Jepun Sebagai Bahasa ketiga

3 November 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ALIMUDDIN MOHD DOMBAHASA. Hari ini Kementerian Pelajaran merancang menambah lebih banyak sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah harian yang mengajar bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga selepas bahasa Melayu dan Inggeris.

Berkata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, untuk itu setiap tahun kementerian akan menambah tenaga pengajar bahasa Jepun di sekolah-sekolah terbabit.

Setiap tahun pihak Kementerian Pelajaran akan menambah kelas bahasa Jepun di sekolah-sekolah berasrama penuh dan menengah harian apabila pelajar-pelajar kita yang belajar di Jepun pulang ke tanah air.

Baca baki entri ini »


Kenali Pasar Besar Siti Khadijah Bandaraya Islam

1 November 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

pasar besar siti khadijah1

MELANCONG. Salam ukhwah buat semua pengunjung laman Kalam Abu Musaddad, semoga anda bahagia di samping keluarga tercinta dan selamat bercuti dihujung minggu.

Musim cuti sekolah hampir tiba, hanya beberapa minggu lagi sekolah akan bercuti. Mungkin sempana cuti sekolah hujung tahun ini, anda dan keluarga telah membuat perancangan untuk bercuti dan pergi melancong ke tempat-tempat menarik khususnya dalam negara kita Malaysia.

Buat Perancangan dan Bajet

“Abang…Apa kata cuti sekolah nanti kita bawa anak-anak pergi bercuti kat negeri pantai timur….Kita pergi Kelantan…Teringin sangat saya nak pergi negeri bandaraya Islam tu….Nak tengok macam mana suasana bandarayanya yang mashur sangat dengan jolokan “bandaraya Islam” tu….” saran Mila kepada suaminya.

Baca baki entri ini »