Bajet 2010 : Tiada Bonus Untuk Kakitangan Awam

bonus“Aku macam tak percaya jer tahun ni takde bonus, kalau tahun lepas walaupun tak banyak , dapat jugak RM 1000. Dapatla buat belanja anak-anak sekolah…”

“Aduhhhh… Aku ingat kerajaan akan umum sesuatu dalam pembentangan bajet pada tahun ini, langsung tak ada…Yang ada hanya bayaran khas RM500 jer. Dahla poket pokai bulan ni….macam mana nak bagi makan anak bini ni…… Dahla gaji bulan ni lambat lagi…Terpaksalah berutang dulu ni…”

Inilah antara keluhan-keluhan mereka yang mengharapkan bonus daripada kerajaan pada pembentangan bajet 2010 jumaat 23 Oktober 2009 tempoh hari terutama mereka yang mempunyai masalah kewangan. Tetapi apa yang diharapkan tidak diumumkan. Tentu ada yang mengeluh dan kecewa.

Malah dalam enjin pencarian di blog ini juga banyak yang mencari tentang “bonus untuk kakitangan awam”. Kesian kepada penjawat awam kerana tiada bonus untuk mereka pada tahun ini, yang ada hanyalah bayaran khas RM500 termasuk kepada golongan pesara wajib kerajaan yang akan dibayar pada Disember ini.

Bayaran khas RM500 ini adalah tanda kerajaan prihatin dan ambil berat sekaligus membuktikan komitmen kerajaan ke arah mengutamakan kebajikan penjawat awam sesuai dengan tema “Bajet Mesra Rakyat” dan “1 Malaysia, Kemakmuran Bersama”. Sekurang-kurangnya dapatlah meringankan beban yang ditanggung penjawat awam terutama golongan kumpulan sokongan.

Dengan bayaran khas RM500 ini dapatlah para penjawat awam membeli sedikit gula-gula dan perbelanjaan dapur untuk beberapa bulan sebagai ole-ole dan penghargaan daripada kerajaan prihatin sesuai dengan tema 1 Malaysia, “Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan”.

bonus 2

Justeru itu, kepada penjawat awam agar mereka dapat menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka dan teruskan memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkesan serta penuh keikhlasan untuk menigkatkan produktiviti jabatan masing-masing.

Pada bulan ramadhan yang lalu, kalam ini pernah berbicara tentang “jangan mengharapkan bonus yang kecil nilainya jika dibandingkan dengan nilai bonus yang diberikan oleh Allah SWT” kepada setiap hamba-NYA yang melakukan sesuatu pekerjaan dan amal kebaikan semata-mata kerana-NYA dengan hati yang tulus ikhlas. Apabila kita berusaha melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan ikhlas dan bertanggungjawab, insyaallah Allah SWT akan menambahkan rezeki kita pada masa akan datang tanpa mengharapkan bonus daripada kerajaan prihatin lagi.

Sehubungan dengan itu, penjawat awam perlu faham kerajaan tidak dapat memberi bonus pada tahun ini kerana pendapatan negara menyusut sebanyak 8.4 peratus ekoran kemelesetan ekonomi dunia.

Menurut Menteri Kewangan Kedua pula, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, sebarang perbelanjaan kerajaan termasuk bonus dibuat mengikut kemampuan pendapatan negara.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja- Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam sekali lagi memohon dan membuat rayuan agar kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti dicadangkannya sebelum ini bagi menghargai usaha mereka dalam membangunkan sektor awam negara.

Presidennya Omar Osman, berkata, memandangkan peruntukan untuk tujuan itu tidak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lepas, kongres itu akan menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi membincangkan semula isu itu.

Akhir kalam, sama-samalah kita tunggu perkembangan seterusnya, kalau ada rezeki insyaallah tak ke mana…Tetapi janganlah berharap sangat………..

Tanjong Manis, Sarawak.
Selasa.
27 Oktober 2009 M / 08 Zulkaedah 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 27 Oktober 2009, in Isu Semasa. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. bersyukur la dengan ape yg ada..Alhamdulillah
    tak bermakna 1Malaysia kena bg bonus..
    kita mesti juga menjadi rakyat yang prihatin
    Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku
    fikir dan renungkan

  2. Siti Fatimah Ahmad

    Assalaamu’alaikum

    Alhamdulillah.. dapat sedikitpun, satu kesyukuran kerana nikmat yang kita perolehi sebelum ini pun sudah banyak. lagi bersykur kerana kita sudah ada pekerjaan berbanding mereka yang lebih mengganggur. salam mesra selalu.

  3. tak mau bagi komen lagipun lagipun ada gaji jg kanE?

  4. untuk tahun 2010 takde bonus ke untuk hari raya ni

  5. lepas ni dengar la kata kata bebudak yang keje gov nak tukar undi la..tumbang kerajaan la…sebab bonus je…kat sini nampak orang gov ni sebenarnya tak reti nak buat duit sampingan…diorang tau bukak mulut..nganga..suap…dari dulu sampai sekarang perangai tak ubah..tak macam orang keje swasta..kami takda bonus…syarikat belum tau untung rugi….kami kerja siang malam…kalau duduk bandar..kami akan buat dua tiga kerja sekali…siang keje…waktu lain buat partime…alhamdullilah ujung taun ada habuan duit utk diri sendiri dgn keluarga…..aku memang tak respect dgn orang yg keje gomen…merengek je tau..usaha takda..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: