MUFTI RUSIA : Ayat al-Quran Pada Kulit Bayi adalah Amaran Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

AliAli 1

AMARAN TUHAN. Hari ini Khamis 22 Oktober 2009 M / 13 Zulkaedah 1430 H, sekali lagi KOSMO! melaporkan, Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Menurut beberapa laporan, ibu bapa Ali yang tinggal di bandar Kizlyar di wilayah Dagestan dan kalangan imam tempatan mendakwa ayat suci al-Quran itu muncul pada hari Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Salah satu ayat itu bermaksud: “Allah ialah Pencipta segala yang ada.”.

Apabila ayat suci seterusnya muncul, Ali tidak dapat tidur sepanjang malam dan mengalami demam dengan kepanasan badannya tidak dapat dikurangkan walaupun dengan menggunakan ubat-ubatan kuat.

Semasa dia dilahirkan, Ali didapati menghidap penyakit jantung dan berkaitan dengan otak tetapi dia sembuh sepenuhnya selepas ayat al-Quran mula muncul pada tubuhnya. – Agensi

Sumber Berita : KOSMO! Online

Tanjong Manis, Sarawak.
Khamis.
22 Oktober 2009 M / 03 Zulkaedah 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 22 Oktober 2009, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar, Pendapat Ulama. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. Subhanallah, bila Allah berkehendak apapun dapat terjadi, mari kita ambil hekmah dari semua ini. Salam dari jauh

  2. assalamualaikum Pak..
    subbanalloh..
    masih ada saja manusia yang dikaruniai sesuatu seperti itu..
    Allahhu Akbar…

    oh ya Pak.. saya mau memperkenalkan blog kedua saya… tolong dlihat atau alau bisa dikomen… hehehehehehe… http://bagdemagus.blogspot.com/ semoga saya bisa mengelola keduanya dengan baik agar pembaca tidak bosan dengan artikel saya…. Amin…

    ****KAM : Wslm wbt….Wah…semakin maju nampak…dah ada 2 blog. Insyaallah nanti saya kunjung ke sana k….****

  3. subhanallah…beruntung budak tu ..coz dia dpt anugerah yang tidak ternilai daripada allah swt…moga2..bila budak nie dah besar,dia akan jadi seorang yang beriman dan taatkan perintah allah swt…

    (^_^)…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: