Aksi Luar Biasa Sekumpulan Bayi Aktif Yang Menghiburkan

28 Oktober 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

TERUJA. Salam buat semua pembaca laman Kalam Abu Musaddad, video di atas adalah aksi sekumpulan bayi yang aktif sedang mempamerkan gaya dan kebolehan masing-masing yang sangat menghiburkan. KAM pasti anda mesti seronok dan teruja melihat aksi luar biasa mereka.

KAM muatkan video di atas dalam laman ini adalah sekadar untuk hiburan dan merehatkan minda. Semoga anda semua seronok dan terhibur melihat aksi-aksi bayi tersebut.

Tanjong Manis, Sarawak.
Rabu.
28 Oktober 2009 M / 09 Zulkaedah 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

Bajet 2010 : Tiada Bonus Untuk Kakitangan Awam

27 Oktober 2009

bonus“Aku macam tak percaya jer tahun ni takde bonus, kalau tahun lepas walaupun tak banyak , dapat jugak RM 1000. Dapatla buat belanja anak-anak sekolah…”

“Aduhhhh… Aku ingat kerajaan akan umum sesuatu dalam pembentangan bajet pada tahun ini, langsung tak ada…Yang ada hanya bayaran khas RM500 jer. Dahla poket pokai bulan ni….macam mana nak bagi makan anak bini ni…… Dahla gaji bulan ni lambat lagi…Terpaksalah berutang dulu ni…”

Inilah antara keluhan-keluhan mereka yang mengharapkan bonus daripada kerajaan pada pembentangan bajet 2010 jumaat 23 Oktober 2009 tempoh hari terutama mereka yang mempunyai masalah kewangan. Tetapi apa yang diharapkan tidak diumumkan. Tentu ada yang mengeluh dan kecewa.

Malah dalam enjin pencarian di blog ini juga banyak yang mencari tentang “bonus untuk kakitangan awam”. Kesian kepada penjawat awam kerana tiada bonus untuk mereka pada tahun ini, yang ada hanyalah bayaran khas RM500 termasuk kepada golongan pesara wajib kerajaan yang akan dibayar pada Disember ini.

Baca baki entri ini »


MUFTI RUSIA : Ayat al-Quran Pada Kulit Bayi adalah Amaran Allah

22 Oktober 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

AliAli 1

AMARAN TUHAN. Hari ini Khamis 22 Oktober 2009 M / 13 Zulkaedah 1430 H, sekali lagi KOSMO! melaporkan, Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

Menurut kenyataan majlis itu, mengikuti perintah Allah dan meninggalkan segala persengketaan, mewujudkan keamanan sesama umat Islam dan dengan jiran, membersihkan diri daripada dosa dan mula mengamalkan prinsip kejiranan selain bermaaf-maafan menyebabkan penduduk Islam di negara tersebut akan mendapat keampunan Allah.

Baca baki entri ini »


Ayat al-Quran Pada Kulit Bayi

21 Oktober 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ayat alquran 1

Foto dipetik : Kosmo Online (Sebahagian ayat al-Quran pada kulit Ali

MOSCOW – Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Baca baki entri ini »


Soalan Ujian Akhir Tahun Siap !!!

21 Oktober 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

SK Tanjong Manis

Jam menunjukkan sudah pukul 02.30 pagi. Mata semakin layu dan mengantuk, syukur semua soalan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab untuk Ujian Akhir Tahun dah siap. Alhamdulillah.

Ujian akhir tahun akan bermula pada hari selasa 27 Oktober 2009 hingga jumaat 30 Oktober 2009. Di harap kepada semua pelajar mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk menghadapi ujian tersebut.

Akhir kalam, “SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN” buat semua pelajar SK Tanjong Manis, semoga anda semua diberi kemudahan oleh Allah SWT untuk menghadapi ujian ini. SEMOGA BERJAYA.

Tanjong Manis, Sarawak.
Rabu.
21 Oktober 2009 M / 02 Zulkaedah 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com



Seks Bebas Menyebabkan Anak Haram Bercambah

18 Oktober 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kenapa aku dibuang ?SEKS BEBAS. Entri sebelum ini, kalam ini telah pun berbicara tentang fenomena pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Hari ini pula, Harian Metro telah melaporkan kisah yang sama iaitu amalan seks bebas menyebabkan anak haram bertambah.

Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

Baca baki entri ini »


Berilah Aku Peluang Untuk Hidup

16 Oktober 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

bayi 1

KEJAM. Masalah pembuangan bayi semakin menjadi-jadi di negara kita. Hampir setiap hari akhbar tempatan melaporkan kes-kes pembuangan bayi yang tidak berdosa. Bayi ini dibuang di merata-rata tempat seperti di dalam longkang, di tempat pembuangan sampah, di masjid, di tepi surau dan sebagainya.

Akibat keterlanjuran dan terjerumus ke lembah zina yang mengakibatkan mengandung anak luar nikah, demi menutup malu dan takut diketahui umum, maka tanpa belah kesian dan rasa bersalah, bayi-bayi ini dibuang oleh tangan-tangan yang kejam dan zalim seperti membuang sampah di tepi-tepi jalan sahaja dan menjadi makanan dan ratahan anjing-anjing liar, semut dan ulat.

Baca baki entri ini »