DI AMBANG AIDILFITRI : Cinta Ramadhan Sudah di Penghujungnya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ramadhan di Penghujungnya

PERPISAHAN. Sedar tak sedar ramadhan sudah pun hampir di penghujungnya. Kurang seminggu lagi ramadhan akan meninggalkan kita semua, dan syawal pula akan disambut.

Bagi mereka yang beriman dan cintakan ramadhan serta taat kepada perintah Allah SWT, hanya kesedihan dan keinsafan untuk berpisah dengan ramadhan kali ini. Tahun hadapan belum tentu lagi dapat berjumpa atau tidak dengan ramadhan. Hanya kesedihan mengiringi pemergian ramadhan kali ini.

Manakala bagi mereka yang tidak mencintai ramadhan dan ingkar, pemergian ramadhan sangatlah di alu-alukan kerana selepas ini mereka tidak perlu lagi menyorok di situ sini untuk makan, minum dan sebagainya pada waktu siang. Malah lepas ini dapat buat maksiat yang lebih hebat lagi. Kalau dalam bulan ramadhan, mereka boleh menganjurkan pelbagai pesta liar, entah selepas ini pesta apa lagi yang akan dianjurkan.

Mudah-mudahan pendidikan ramadhan pada tahun ini benar-benar memberi kesan dan semangat baru kepada kita untuk menjadi hamba Allah SWT yang beriman dan bertaqwa. InsyaAllah.

Selain itu, mudah-mudahan juga tarbiyah ramadhan kali ini dapat menjadi benteng penghalang dan tembok besar bagi diri kita daripada melakukan maksiat, kemungkaran dan mengingkari perintah Allah SWT. Moga-moga kita menjadi hamba-NYA yang taat setia melakukan segala suruhan-NYA. Ameen.

Pemergian ramadhan usahlah kita tatapi, banyakkan berdoa semoga Allah SWT panjangkan umur dan dapat berjumpa lagi dengan ramadhan pada tahun hadapan.

Kesedihan itu akan diganti dengan kegembiraan sebagai tanda kemenangan berjihad hawa nafsu selama sebulan iaitu dengan menyambut aidilfitri pada 1 syawal nanti.

Di ingatkan juga, dalam keghairahan kita membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran nanti, sebaiknya buatlah bajet perbelanjaan keluarga kita. Untuk mengelakkan daripada “pokai” dan beban “hutang” selepas raya. Selain itu, “Elakkan Daripada Melakukan Pembaziran Menjelang Raya“. Bukan kemegahan yang kita cari, tetapi keberkatan dan keredhaan Allah SWT perlu diutamakan.

Manakala semasa menyambut hari lebaran nanti, janganlah cemarinya dengan pelbagai kegiatan maksiat. Malah sambutilah ia dengan amalan-amalan sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Berkaitan amalan-amalan sunnah ketika menyambut hari raya, anda boleh membaca artikel ini : Amalan Sunat Ketika Merayakan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu, anda boleh juga membaca artikel-artikel berkaitan dengan raya di sini :

Wallahu A’lam.

Tanjong Manis, Sarawak.
Rabu
16 September 2009 M/ 26 Ramadan 1430H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 16 September 2009, in Tazkirah. Bookmark the permalink. 1 Komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: