DI AMBANG AIDILFITRI : Perihal Zakat Fitrah

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

zakat fitrahBERZAKAT. Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Mungkin di saat ini pelbagai persiapan telah dilakukan bagi menyambut hari lebaran tidak lama lagi. Di dalam kegairahan persiapan menyambut hari raya, jangan kita lupa tentang kewajipan berzakat. Sudahkah anda menunaikan kewajipan zakat fitrah? Mengeluarkan zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat : 110 yang bermaksud :

“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.”

Manakala menurut hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar :

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Al-Quran dan Sunnah sentiasa menyebutkan solat dan zakat secara beriringan untuk menggambarkan betapa kuatnya hubungan antara kedua-dua amalan itu. Juga untuk menegaskan tidak akan sempurna Islam seseorang jika mengabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya.

Al-Quran menyebut, menunaikan zakat adalah sifat orang beriman yang baik, bertakwa dan suka menderma. Zakat salah satu tanda keimanan dan bukti keikhlasan seseorang.

Pengertian Zakat Fitrah

Zakat fitrah ialah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri mengikut peraturan yang ditetapkan.

Syarat-syarat Wajib Zakat Fitrah

  1. Mestilah ia seorang Islam dan Merdeka.
  2. Mempunyai harta lebih daripada keperluan perbelanjaanya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya.
  3. Wajibnya zakat Fitrah itu ialah setelah terbenam matahari pada akhir Bulan Ramadhan. Tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang yang mati sebelum terbenam matahari pada hari akhir Ramadhan, atau kanak-kanak yang lahir selepas terbenam matahari akhir Ramadhan atau bagi seorang muallaf yang baru memeluk agama Islam sesudah terbenam matahari pada akhir Ramadhan atau seorang lelaki yang bernikah sesudah terbenam matahari akhir Ramadhan.

Waktu Membayar Zakat Fitrah

  1. Waktu Yang Dibolehkan iaitu dari awal Ramadhan sehingga hari akhir Bulan Ramadhan.
  2. Waktu Wajib iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
  3. Waktu Afdhal iaitu selepas sembahyang subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang Raya Aidil Fitri.
  4. Waktu Makruh iaitu selepas sembahang Hari Raya Aidil Fitri sehingga tibanya Waktu Maghrib (iaitu sebelum terbenam matahari).
  5. Waktu Haram iaitu selepas terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah

  1. Kadar bayaran mengikut cara asal ialah segantang Baghdad makanan asasi seperti beras atau
  2. Kadar mengikut timbangan 2.27 kilogram (bersamaan segantang Baghdad).
  3. Nilai ringgit mengikut kadar sekarang – RM6.00 bagi tahun 1430H/ 2009M ( Sarawak) – sila rujuk ketetapan yang telah diputuskan oleh negeri masing-masing )

Nota Peringatan:
Kadar zakat Fitrah akan berubah dari semasa ke semasa bagi mereka yang mengeluarkan Zakat Fitrah menggunakan wang bagi menggantikan beras iaitu mengikut harga beras semasa ( makanan asasi) yang akan ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing. Jika mengeluarkannya dengan beras ( makanan asasi ) sukatan atau timbangannya tidak berubah.

Lafaz/niat Ketika Mengeluarkan Zakat Fitrah

  1. Bagi Diri Sendiri: “Inilah beras fitrah yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala” , jika tidak dikeluarkan dengan beras. sebaliknya jika menggantikannya dengan wang niatnya seperti berikut – “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  2. Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan: “Inilah beras fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala” , jika dikeluarkan dengan beras. Sebaliknya jika digantikan dengan wang niat seperti berikut “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  3. Mengeluarkan Zakat Fitrah bagi pihak orang lain: (wakil) “Inilah beras fitrah yang wajib bagi ………….(sebutkan nama)………………….pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala.” jika dikeluarkan dengan beras. sekiranya tidak dikeluarkan dengan beras tetapi digantikan dengan wang lafaznya seperti berikut: “Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi …………(sebutkan nama)……… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala”.

Justeru itu, antara hikmah kita diwajibkan berzakat ialah satu saranan yang boleh menolong fakir miskin. Dengan zakat kita boleh menolong orang miskin supaya dapat melaksanakan perintah Allah dan mengerjakan amal ibadat.

Selain itu, zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam). Wallahu a’lam. Sekian terima kasih.

Tanjong Manis, Sarawak
Isnin
14 September 2009H/ 24 Ramadhan 1430H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 14 September 2009, in Bicara Agama. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. muhd shahir bin abu samah

    salam..

    Saya nak bertanya,apakah kita digalakkan membayar zakat pada awal ramadhan atau selepas ramadhan? Maksud saya, sepatutnya kita lakukan pada awal ataupun akhir ramadhan.. Satu lagi, apakah lebih baik membayar pada awal bulan ataupun akhir bulan?

    Sekian,
    terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: