CASTER SEMENYA : Juara dunia 800 Meter disahkan khunsa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

samenyaKHUNSA. Hari ini akbar Kosmo melaporkan, hasil ujian yang dilakukan terhadap juara dunia acara 800 meter wanita dari Afrika Selatan, Caster Semenya mendapati dia merupakan seorang khunsa, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Satu sumber yang mengetahui keputusan ujian itu berkata, Semenya memiliki organ seks lelaki dan wanita tanpa mempunyai rahim atau ovari.

Atlet wanita itu menjadi kebanggaan Afrika Selatan selepas dia memenangi pingat emas acara 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin, Jerman baru-baru ini dengan catatan masa 1 minit 55.45 saat iaitu yang terpantas pada tahun ini.

Bintang berusia 18 tahun itu membuat kejutan apabila menewaskan juara bertahan, Janeth Jepkos-Gei dengan kelebihan hampir dua setengah saat pada penampilan pertamanya dalam kejohanan bertaraf dunia.

Spekulasi bahawa Semenya seorang lelaki tercetus berikutan catatan masa itu dibuat ketika usianya masih muda. Otot dan suaranya yang garau turut mencetuskan persoalan bahawa dia mungkin bukan seorang wanita.

Sumber Berita : Kosmo! Online

Tanjong Manis, Sarawak.
Sabtu
12 September 2009 M/ 22 Ramadhan 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 12 September 2009, in BICARA GLOBAL, BICARA SUKAN, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: