Selamat Berjuang Pelajar UPSR 2009!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

upsr5a

UPSR. Esok 08 September 2009 M/ 18 Ramadhan 1430 H, semua pelajar tahun 6 sekolah rendah seluruh negara akan mula menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Anda sebagai calon UPSR pada tahun ini hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dan bergembira kerana peperiksaan telah diadakan di dalam bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Di saat ini anda hendaklah membuang segala kerisauan, ketakutan, rasa gementar dan sebagainya di dalam diri anda kerana esok perjuangan sebenar telah bermula. Semoga dengan keberkatan ramadhan, anda senang menjawab nanti. Insyaallah.

Mudah-mudahan juga hari ini anda bergembira untuk menghadapi “perjuangan UPSR” dan bergembira juga semasa mengambil result (keputusan) nanti sepertimana bergembiranya orang yang sedang berbuka puasa dan menyambut hari raya aidilfitri.

Justeru itu, KAM ingin mengucapkan “Selama Berjuang, Selamat Menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)” kepada semua pelajar tahun 6 seluruh negara terutama pelajar SK tanjong Manis, Sarawak.

KAM berdoa semoga anda semua di beri taufiq dan hidayah oleh Allah SWT, lapangkan dada dan tidak menyempitkannya. Selain itu, semoga Allah SWT kurniakan kebijaksaan kepada anda untuk menjawab soalan-soalan yang di beri nanti. Seterusnya semoga Allah SWT menerangi hati-hati anda dengan cahaya petunjuk-NYA sebagaimana Allah SWT menerangi bumi ini dengan matahari selama-lamanya….Ameen.

Harapan KAM anda dapat melakukan yang terbaik untuk diri, keluarga, guru-guru dan sekolah anda. “SELAMAT BERJUANG WAHAI ANAK BANGSAKU”… Sekian. Ikhlas dari : Kalam Abu Musaddad.

Tanjong Manis, Sarawak.
Isnin.
07 September 2009 M/ 17 Ramadhan 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 7 September 2009, in Motivasi, PENDIDIKAN. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: