DUIT RAYA : Kepada 112,635 Peneroka Felda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

BONUS RAYA. Hari ini Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemberian wang raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan. Pengagihan wang raya itu bermula sejak tahun 2003.

Pada tahun ini, kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

Seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta. Manakala seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Najib berkata, perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama Felda.

Bayaran akan dibuat kepada semua peneroka sebelum Aidilfitri di rancangan-rancangan Felda seluruh negara. Perdana Menteri berharap pemberian itu dapat meringankan beban kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menyambut hari lebaran.

Sumber Berita : Berita Harian

Tanjong Manis, Sarawak.
Jumaat
04 September 2009 M/ 14 Ramadhan 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 4 September 2009, in Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Dapatkan jadual lengkap Jangkaan Malam Lailatur Qadar 1430H menurut kitab2 ulama : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/09/jangkaan-lailatul-qadr.jpg

  2. wah bisa jadi kaya nih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: