RAMADHAN : Rebutlah Bonus dan Ganjaran Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

BONUS. Beberapa hari ini semua orang sibuk bicara pasal bonus. Di mana-mana pun cakap pasal bonus. Di sekolah, di pejabat hatta di masjid pun sempat lagi bercakap pasal bonus. “Bilalah kerajaan nak umum, harap-harap ada bonus tahun ni, dapat buat belanja menyambut hari raya nanti….” Inilah di antara rintihan dan harapan sebahagian penjawat awam terhadap kerajaan. Moga-moga segala rintihan ini dapat didengari ke corong-corong telinga Pak Menteri yang bertanggungjawab sesuai dengan slogan “1Malaysia, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan”.

Namun begitu, kita janganlah terlalu berharap kepada sesuatu perkara yang tidak pasti. Kalau ada bonus tahun ini, alhamdulillah. Kalau tidak ada, nak buat macam mana terima sahajalah dengan hati yang terbuka. Tetapi jangan kita lupa, bonus yang kita sebut-sebut itu semuanya tidak kekal dan sementara sahaja. Misalnya, diumumkan tahun ini bonus untuk kakitangan kerajaan RM 1000. KAM yakin tidak sampai seminggu habis wang itu kita belanja. Betul tak ? Tetapi sekuarang-kurangnya dapat meringankan beban bagi mereka yang berpendapatan rendah. Semua itu lebih kecil nilainya jika kita bandingkan bonus dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT sempena ramadhan kepada hamba-hamba-NYA yang berpuasa dan melakukan amal soleh sepanjang bulan ini. Di mana Rasulullah SAW telah bersabda :

“Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu”– Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Selain itu, daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A.W Baginda bersabda :

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada 10 hinggalah ke 700 kali ganda kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKU dan Aku (Allah) memberikan balasan pahala kepadanya, kerana dia ( orang yang berpuasa ) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.”Hadis Qudsi Riwayat Muslim.

Hadis-hadis ini memberi dorongan dan rangsangan kepada kita supaya lebih melipat gandakan amal ibadat dan mendekatkan diri kepada Allah SWT di dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini. Di awalnya Allah SWT turunkan rahmat, ditengahnya Allah SWT memberikan keampunan-NYA, dan pada akhirnya Allah SWT membebaskan hamba-NYA daripada api neraka jahanam. Manakala sesiapa yang melakukan mana-mana amalan sunat di dalam bulan ramadhan ini, Allah SWT akan beri pahala berlipat kali ganda iaitu 10 hinggalah 700 kali ganda. Masyaallah..Begitu Pemurahnya Allah SWT terhadap hamba-hamba-NYA.

Di samping itu, di dalam bulan ramadhan juga terdapat satu malam yang sangat istimewa daripada malam-malam lain iaitu malam lailatul qadar, satu malam yang sangat berharga. Sebagai malam yang terbaik dan paling barakah di antara malam yang ada, di dalamnya Allah SWT menjanjikan pada hamba-NYA yang ikhlas dan berharap untuk mendapat perlindungannya di hari akhirat kelak, akan melipat gandakan sehingga 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) untuk amalan-amalan kebaikan yang dilakukan pada malam tersebut. Janji ini telah dirakamkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran, Surah al-Qadr ayat 1-3 yang bermaksud :

“Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan”.

Oleh itu, KAM mengajak diri sendiri dan juga sahabat para pembaca laman ini marilah kita sama-sama menyahut cabaran untuk merebut sebanyak mungkin bonus dan ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah SWT di dalam bulan ramadhan ini. Sekarang bulan ramadhan sudah pun masuk kepada fasal ke-2. Di mana Allah SWT akan memberi keampuanan-NYA kepada sesiapa sahaja di antara hamba-hamba-NYA yang melakukan kebaikan dan amal soleh. Justeru itu, dalam kesibukan membicarakan tentang bonus tu…Kita jangan lupa jugak bonus dan ganjaran yang ditawar dan dijanji oleh Allah SWT lebih besar serta tinggi nilainya untuk kebahagiaan dunia dan juga di akhirat. Mudah-mudahan kita semua tergolong di dalam golongan hamba-hamba Allah yang mendapat keuntungan di dunia dan juga di akhirat. Ameen.

Tanjong Manis, Sarawak.
Rabu.
02 September 2009 M / 12 Ramadhan 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com




About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 2 September 2009, in Motivasi. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Salam akhi..ambo takde bonos la hehehe…harap2 dapat bonos 10 malam terakhir ni..selamat blaik kg selamat hari ry maaf zahir dan batin..duk Kelate tu kat mana?

    ****KAM : Waalaikummussalam….Em samo la ngan ambo…tahun ni xleh bonus, takpolah takleh pun, bo stakat rm500..tu pun 2x byr…blanjo 2hr habisla…apo kata sama2 kita brebut bonus yang dijanji Allah pada 10 malam terakhir ini….
    Klate kat jeli.****

  1. Pingback: Bajet 2010 : Tiada Bonus Untuk Kakitangan Awam « Kalam Abu Musaddad

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: