RAMADHAN : Tanpamu di sisi…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

RINDU. Ku ungkap kalimah rindu. Sudah berbulan tidak bertemu. Hanya suara ku dengar. Melalui corong telefon usang. Berpisah buat sementara. Kerana sudah ketentuan Allah SWT. Terpaksa terima wahai isteri kekasihku. Dengan berjauhan ini, Bertambah tautan rindu di hati sanubari sang suami. Kerana ramadhan kali ini, tanpa isteri di sisi. Demi tugas, tanggungjawab dan amanah, kita terpaksa akur jua.

Hidup tanpamu bagaikan bujang kembali. Sepi dan sunyi sentiasa bersendirian. Hidup makin bosan. Di tepi laut china selatan ku kirim salam, salam rindu buat sang isteri tercinta. Agar kau dengar rintihan seorang suami. Hanya rindu…rindu padamu wahai isteri. Bersabarlah….Hanya beberapa saat lagi pasti kita bertemu. Ramadhan mengajar dan mendidik kita. Kenal erti sabar, kenal erti perjuangan hidup. Maka ramadhan kali ini, walaupun berjauhan, ia tetap bermakna buat kita. Untuk mencari keredhaan dan kerahmatan Sang Pencipta.

Keluhanmu selalu ku dengar. Keperitanmu dapat ku rasai. Kepayahanmu tetap ku hargai. Segalanya bermakna bagi diriku. Tanpa aku di sisimu, aku rasa bersalah. Demi amanah dan tanggungjawab kepada anak bangsa, maka lautan luas menjadi pemisah buat kita. Namun engkau tetap bersabar. Tahniah wahai isteriku yang di cintai. Maka kalam ini adalah untuk mu. Tersenyumlah bila membacanya, kerana entah apa yang aku tulis, aku sendiri pun tak mengerti. Ha ha ha ha..Ketawalah..ketawalah…Agar kita sentiasa bergembira walaupun ramadhan tanpamu di sisi….

Lebaran nanti pasti aku pulang. Usah kau bimbang, usah kau khuatir. Berdoalah kepada Allah. Mohon agar kita dipanjangkan usia, agar bisa berjumpa dihari bahagia nanti. Pasti ketika itu, kau sudah melahirkan cahaya mata kita. Alangkah gembiranya diri ini. Bertuah aku dapat isteri sepertimu, memahami dan mengerti isi hati sang suami. Semoga Allah memberikan syurga buat dirimu.

Tanjong Manis, Sarawak.
Selasa.
01 September 2009 H/ 11 Ramadhan 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 1 September 2009, in Tentang Aku. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. assalamualaikum,
    kirim salam assalamualaikum pda isteri cikgu.
    demikianlah kan cikgu, demi nusa dan bangsa…PJJ (Perkahwinan jarak jauh) terpaksa diharungi dengan tabah.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Insyaallah nanti sy sampaikan. Terima kasih puan.****

  2. tahniah cikgu!
    anda kini memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa..
    tahniah sekali lagi.

    ****KAM : Em terima kasih wan…memang menjadi ibu dan bapa bukan perkara yang mudah. Besar dan berat tanggungjawabnya….****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: