Monthly Archives: September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Buat Semua, Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

raya 1430H

AIDILFITRI. Alhamdulillah bersyukur sangat-sangat kerana dengan izin dan inayah Allah SWT kita bertemu lagi dengan aidilfitri pada tahun ini. Setelah hampir sebulan kita menjalankan ibadah puasa di bulan tarbiyah penuh dengan kemuliaan dan keberkatan ini, kini tiba masanya umat Islam menyambut hari kemenangan dan juga hari kebesaran setelah sebulan berperang dan berjihad melawan hawa nafsu. Kegembiraan dan kemeriahan yang dikecapi sekarang ini adalah hadiah dan anugerah daripada Allah SWT kepada hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, KAM sekeluarga mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin” kepada semua umat Islam yang mengenali diri ini terutamanya ahli keluarga, warga pendidik SK Tanjong Manis, para sahabat pembaca setia “Kalam Abu Musaddad“, dan rakan-rakan tidak kira di mana anda berada.

Read the rest of this entry

DI AMBANG AIDILFITRI : Cinta Ramadhan Sudah di Penghujungnya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ramadhan di Penghujungnya

PERPISAHAN. Sedar tak sedar ramadhan sudah pun hampir di penghujungnya. Kurang seminggu lagi ramadhan akan meninggalkan kita semua, dan syawal pula akan disambut.

Bagi mereka yang beriman dan cintakan ramadhan serta taat kepada perintah Allah SWT, hanya kesedihan dan keinsafan untuk berpisah dengan ramadhan kali ini. Tahun hadapan belum tentu lagi dapat berjumpa atau tidak dengan ramadhan. Hanya kesedihan mengiringi pemergian ramadhan kali ini.

Manakala bagi mereka yang tidak mencintai ramadhan dan ingkar, pemergian ramadhan sangatlah di alu-alukan kerana selepas ini mereka tidak perlu lagi menyorok di situ sini untuk makan, minum dan sebagainya pada waktu siang. Malah lepas ini dapat buat maksiat yang lebih hebat lagi. Kalau dalam bulan ramadhan, mereka boleh menganjurkan pelbagai pesta liar, entah selepas ini pesta apa lagi yang akan dianjurkan.

Read the rest of this entry

DI AMBANG AIDILFITRI : Perihal Zakat Fitrah

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

zakat fitrahBERZAKAT. Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 24 kita berpuasa. Mungkin di saat ini pelbagai persiapan telah dilakukan bagi menyambut hari lebaran tidak lama lagi. Di dalam kegairahan persiapan menyambut hari raya, jangan kita lupa tentang kewajipan berzakat. Sudahkah anda menunaikan kewajipan zakat fitrah? Mengeluarkan zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah al-Baqarah ayat : 110 yang bermaksud :

“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan.”

Manakala menurut hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar :

“Rasulullah S.A.W telah mewajibkan zakat Fitrah pada Bulan Ramadhan pada orang yang Merdeka, hamba sahaya, laki-laki, perempuan dan kaum Muslimin.”

Al-Quran dan Sunnah sentiasa menyebutkan solat dan zakat secara beriringan untuk menggambarkan betapa kuatnya hubungan antara kedua-dua amalan itu. Juga untuk menegaskan tidak akan sempurna Islam seseorang jika mengabaikan kedua-duanya atau salah satu daripadanya.

Read the rest of this entry

PUISI : Nur Lailatul Qadar

nur lailatul qadar

Tanjong Manis, Sarawak.
Ahad
13 September 2009H/ 23 Ramadhan 1430H
https://ibnismail.wordpress.com

CASTER SEMENYA : Juara dunia 800 Meter disahkan khunsa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

samenyaKHUNSA. Hari ini akbar Kosmo melaporkan, hasil ujian yang dilakukan terhadap juara dunia acara 800 meter wanita dari Afrika Selatan, Caster Semenya mendapati dia merupakan seorang khunsa, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Satu sumber yang mengetahui keputusan ujian itu berkata, Semenya memiliki organ seks lelaki dan wanita tanpa mempunyai rahim atau ovari.

Atlet wanita itu menjadi kebanggaan Afrika Selatan selepas dia memenangi pingat emas acara 800 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Dunia di Berlin, Jerman baru-baru ini dengan catatan masa 1 minit 55.45 saat iaitu yang terpantas pada tahun ini.

Read the rest of this entry

Selamat Berjuang Pelajar UPSR 2009!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

upsr5a

UPSR. Esok 08 September 2009 M/ 18 Ramadhan 1430 H, semua pelajar tahun 6 sekolah rendah seluruh negara akan mula menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Anda sebagai calon UPSR pada tahun ini hendaklah bersyukur kepada Allah SWT dan bergembira kerana peperiksaan telah diadakan di dalam bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Di saat ini anda hendaklah membuang segala kerisauan, ketakutan, rasa gementar dan sebagainya di dalam diri anda kerana esok perjuangan sebenar telah bermula. Semoga dengan keberkatan ramadhan, anda senang menjawab nanti. Insyaallah.

Read the rest of this entry

DUIT RAYA : Kepada 112,635 Peneroka Felda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

BONUS RAYA. Hari ini Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pemberian wang raya berjumlah RM37.23 juta kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara mulai minggu depan. Pengagihan wang raya itu bermula sejak tahun 2003.

Pada tahun ini, kadar bayaran terbahagi kepada dua kategori iaitu peneroka bersama Felda dan peneroka yang tidak bersama Felda.

Seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 peratus akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta. Manakala seramai 10,963 atau 9.73 peratus peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Read the rest of this entry

RAMADHAN : Rebutlah Bonus dan Ganjaran Allah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

BONUS. Beberapa hari ini semua orang sibuk bicara pasal bonus. Di mana-mana pun cakap pasal bonus. Di sekolah, di pejabat hatta di masjid pun sempat lagi bercakap pasal bonus. “Bilalah kerajaan nak umum, harap-harap ada bonus tahun ni, dapat buat belanja menyambut hari raya nanti….” Inilah di antara rintihan dan harapan sebahagian penjawat awam terhadap kerajaan. Moga-moga segala rintihan ini dapat didengari ke corong-corong telinga Pak Menteri yang bertanggungjawab sesuai dengan slogan “1Malaysia, Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan”.

Namun begitu, kita janganlah terlalu berharap kepada sesuatu perkara yang tidak pasti. Kalau ada bonus tahun ini, alhamdulillah. Kalau tidak ada, nak buat macam mana terima sahajalah dengan hati yang terbuka. Tetapi jangan kita lupa, bonus yang kita sebut-sebut itu semuanya tidak kekal dan sementara sahaja. Misalnya, diumumkan tahun ini bonus untuk kakitangan kerajaan RM 1000. KAM yakin tidak sampai seminggu habis wang itu kita belanja. Betul tak ? Tetapi sekuarang-kurangnya dapat meringankan beban bagi mereka yang berpendapatan rendah. Semua itu lebih kecil nilainya jika kita bandingkan bonus dan ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT sempena ramadhan kepada hamba-hamba-NYA yang berpuasa dan melakukan amal soleh sepanjang bulan ini. Di mana Rasulullah SAW telah bersabda :

Read the rest of this entry

RAMADHAN : Tanpamu di sisi…

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

RINDU. Ku ungkap kalimah rindu. Sudah berbulan tidak bertemu. Hanya suara ku dengar. Melalui corong telefon usang. Berpisah buat sementara. Kerana sudah ketentuan Allah SWT. Terpaksa terima wahai isteri kekasihku. Dengan berjauhan ini, Bertambah tautan rindu di hati sanubari sang suami. Kerana ramadhan kali ini, tanpa isteri di sisi. Demi tugas, tanggungjawab dan amanah, kita terpaksa akur jua.

Hidup tanpamu bagaikan bujang kembali. Sepi dan sunyi sentiasa bersendirian. Hidup makin bosan. Di tepi laut china selatan ku kirim salam, salam rindu buat sang isteri tercinta. Agar kau dengar rintihan seorang suami. Hanya rindu…rindu padamu wahai isteri. Bersabarlah….Hanya beberapa saat lagi pasti kita bertemu. Ramadhan mengajar dan mendidik kita. Kenal erti sabar, kenal erti perjuangan hidup. Maka ramadhan kali ini, walaupun berjauhan, ia tetap bermakna buat kita. Untuk mencari keredhaan dan kerahmatan Sang Pencipta.

Read the rest of this entry