MERDEKA : Jangan Cemari Kemuliaan Ramadhan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

merdekarb1

KEMULIAAN. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan diucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang bertamu di laman ini pada ketika ini sebagai pembuka bicara. Kini detik 12 malam yang ditunggu telah pun berlalu. Maka genaplah negara kita mencapai kemerdeka selama 52 tahun. Tema pada tahun ini ialah “1Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Di fahamkan tiada sambutan meriah pada tahun ini bagi menghormati bulan mulia, bulan ramadhan. Pada kebiasaannya, apabila tibanya detik 12 malam, maka seluruh ibu kota terutamanya sekitar bandar Kuala Lumpur akan dipenuhi dan diterangi dengan percikan bunga api yang berwarna warni.

Kata Pak Menteri, sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini akan disambut secara sederhana sahaja bagi menghormati bulan ramadhan dan kebimbangan penularan wabak H1N1. Jadi sambutan itu dijangka akan berlangsung selama 40 minit sahaja. Betul juga kata Pak Menteri, kita sebagai umat Islam hendaklah menghormati kemuliaan bulan ramadhan. Jangan cemari kemuliaan ramadhan dengan melakukan perkara-perkara maksiat yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Oleh itu, KAM berharap segala aktiviti yang berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran seperti mengadakan pesta-pesta liar, minum “air tahi syaitan”, merempit dan sebagainya hendaklah dihentikan. Hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar sebagaimana dianjurkan oleh Islam. Kemerdekaan bukannya bererti kita bebas melakukan apa sahaja tanpa mengira dan peduli kepada batas-batas yang telah ditetapkan dalam syariat Islam.

Justeru itu, kepada mereka yang berada dipub-pub, kelab-kelab malam, dipesta-pesta liar, di rumah-rumah tumpangan, hotel-hotel murah, hotel-hotel berbintang-bintang juga yang ketika ini bersama-sama pasangan masing-masing (tanpa ada ikatan perkahwinan yang sah) untuk melakukan kemaksiatan bagi meraikan kebebasan kemerdekaan kononnya, maka hentikanlah. Begitu juga dengan mat-mat rempit, Ingat Allah SWT. Ingat kemurkaan dan azab Allah SWT. Jangan mengundang kemurkaan dan kebencian Allah SWT di bumi yang bertuah ini.

Seharusnya, dibulan yang mulia ini, marilah kita sama-sama melakukan solat hajat memohon kepada Allah SWT agar mengekalkan kenikmatan yang diberi kepada kita rakyat Malaysia sebelum ini. Selain itu juga kita hendaklah melakukan solat syukur kerana dengan limpahan rahmat dan kemurahan Allah SWT, menjadikan sebuah negara Malaysia aman makmur dan harmoni sepertimana kita kecapi selama ini.

Mudah-mudahan Allah SWT mengekalkan kemerdekaan hari ini. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!! Wallahu A’lam.

Tanjong Manis, Sarawak.
Isnin.
31 Ogos 2009 M/ 10 Ramadhan 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

Advertisements

2 Responses to MERDEKA : Jangan Cemari Kemuliaan Ramadhan

  1. KudaPerang berkata:

    Salam..
    Setiap kali sambutan merdeka, tempat2 strategik bandar2 besar dan bandar kecil di seluruh negara dipenuhi dengan aktiviti maksiat remaja..terutama di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang.

    Begitu juga pada kali ini..ramai remaja dapat ditangkap oleh penguatkuasa agama sedang melakukan maksiat, dengan seluar dalam, coli dan kondom bersepahan..amat menjijikkan..

    Apa nak jadi kepada anak2 Malaysia..terasa takut untuk meneruskan kehidupan melihat kepada keadaan masalah akhlak dan moral zaman sekarang yang amat teruk..

    Inilah gambaran natijah daripada BETAPA NEGARA KITA YANG TERCINTA INI AMAT AMAT AMAT TIDAK MENITIK BERATKAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL..

    YA ALLAH SELAMATKAN LAH ANAK2 KAMI.. SESUNGGUHNYA KAMI TIDAK BERDAYA MENGHADAPI KEADAAN SEPERTI INI..!

    Like

  2. KudaPerang berkata:

    BAGAIMANA KEHIDUPAN ANAK2 KITA SENDIRI NANTI, CABARAN UNTUK MEREKA UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPAN DI MASA DEPAN AMAT BESAR JIKA KEADAAN SEPERTI INI BERTERUSAN..

    YA ALLAH, LINDUNGI LAH ANAK-ANAKKU.. SESUNGGUHNYA TIADA DAYA DAN UPAYA MELAINKAN HANYA DENGAN MU YA ALLAH YANG TINGGI LAGI MAHA AGUNG..

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: