RAMADHAN : Jaga Adab dan Kesucian “Masjid”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

AKHLAK. Apabila tibanya musim bulan ramadhan, maka boleh dikatakan seluruh masjid atau surau setiap pelusuk kampung dan bandar hampir penuh dengan kehadiran para jamaah untuk menunaikan solat insyak dan solat terawih secara berjamaah. Dengan demikian, apabila berada di dalam masjid atau di kawasan masjid, kita hendaklah menjaga adab-adab dan kesucian “masjid”. Perkara ini bukan khusus kepada kanak-kanak sahaja, malah kepada orang dewasa.

Pada kebiasaannya, pihak AJK masjid cuma melarang kepada kanak-kanak sahaja supaya “jangan buat bising dan sebagainya”, ketika para jamaah menunaikan solat. Almaklumlah kanak-kanak ni nakal dan tak dengar nasihat. Tetapi mereka tidak pula memperingati juga kepada golongan “tua bangka” yang suka bersembang kosong sambil menghisap rokok di kawasan masjid. Sepatutnya pihak AJK lebih peka tehadap perkara ini bagi menjaga kesucian “Baitullah”. Di kawasan masjid bukanlah tempat menghisap rokok, malah apa yang KAM perhatikan, ada sesetengah masjid tidak meletakkan label “dilarang merokok” di kawasan masjid. Yang ada hanyalah “Kepada kanak-kanak, diharap jangan buat bising ketika ibu bapa sedang menunaikan solat terawih”.

Sepatutnya apabila kita berada di dalam masjid, kita hendaklah memperbanyakkan mengingati Allah seperti berzikir, bertasbih dan sebagainya. Kemudian sempena bulan ramadhan ini juga, kita disunatkan beriktikaf di dalam masjid. Selain itu, kita digalakkan perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya mengampuni segala dosa dan memberi rahmat dalam kehidupan kita serta berusaha sedaya upaya daripada tidak bercakap berkaitan dengan hal-hal duniawi.

Justeru itu, di dalam atau di kawasan masjid bukannya tempat untuk bersembang-sembang yang tidak berfaedah seperti pasal bola dan lain-lain serta menghisap rokok sesuka hati seperti di kedai kopi. Masjid adalah tempat yang sangat mulia di sisi Allah SWT kerana itu adalah rumah Allah “Baitullah”. Masjid adalah tempat ibadat dan sebuah institusi yang menguruskan pelbagai perkara yang berkaitan dengan fardu ain dan juga fardu kifayah umat Islam. Jadi, hormatilah kemuliaan masjid.

Oleh itu, semua pihak terutama AJK masjid, para ibu bapa, remaja, dan golongan dewasa harus sedar dan bertanggungjawab sebagai seorang mukmin untuk menjaga adab-adab dan kesucian masjid. Jangan asyik mempersalahkan kepada kanak-kanak sahaja, tetapi kita sebagai orang dewasa haruslah menunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka (kanak-kanak) kerana apa yang kita lakukan akan menjadi ikutan mereka kelak. Wallahu A’lam.

Tanjong Manis, Sarawak.
Ahad.
30 Ogos 2009 M / 09 Ramadhan 1430 H.
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 30 Ogos 2009, in BICARA AKHLAK. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: