RAMADHAN : Martabat Puasa

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ISTIMEWA. Alhamdulillah setiap tahun Allah SWT memberi kesempatan yang istimewa kepada hamba-hamba-NYA. Kesempatan itu adalah berkaitan dengan kelebihan dan fadhilat ramadhan yang banyak di bulan rahmat, bulan suci ramadhan. Secara fitrahnya apabila datangnya bulan ramadhan, maka hati akan melonjak, roh akan bersinar dan bercahaya serta manusia siap untuk menjadi insan yang bertaqwa.

Di bulan suci ramadhan, Allah SWT telah menfardukan kepada hamba-NYA ibadah puasa. Kefarduan ini telah ditetapkan sepertimana Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat : 183 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Sabda Rasulullah SAW :

“Islam itu dibina atas lima perkara: Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya; mendirikan solat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke baitullah; dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Berpuasa hendaklah dengan peraturan dan tatacara yang telah diajar oleh Rasulullah SAW dan diterangkan oleh ulama supaya ibadat berkenaan membawa keredaan, keberkatan dan pahala berganda. Justeru itu, untuk mencapai puasa yang berkualiti dan membentuk insan bertaqwa bukanlah perkara yang mudah, kita mesti menghadapi cabaran dan ujian yang hebat.

Martabat puasa menurut Ulama’

Ulama’ telah membahagikan martabat puasa kepada tiga iaitu :

Martabat Pertama : ialah Puasa Umum, iaitu puasa sekadar menahan diri dari tidak makan dan minum tanpa menjaga adab-adab berpuasa.

Martabat Kedua : ialah puasa yang berusaha menghindari dosa iaitu menjaga segala pancaindera daripada melakukan dosa selain dari menahan diri dari makan dan minum.

Martabat ketiga : adalah menghindarkan diri dari segala hal yang melupakan dan membuat hati lalai dari mengingati Allah. Ini adalah martabat tertinggi puasa.

Sebagai tanda seorang muslim yang hebat dan cemerlang, martabat puasa yang ketiga hendaklah menjadi matlamat dan cita-cita kita.

Tetapi apa yang berlaku dan kita temui hari ini, ada juga golongan yang berpuasa semata-mata untuk menutup malu, di mana berpuasa dihadapan orang ramai, apabila bersendirian mereka berbuka. Selain itu, ada juga yang berpuasa, mereka hanya menjaga perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja, tetapi mereka tidak menjaga pahala puasa. Oleh itu, tidak hairanlah kalau mereka melakukan maksiat seperti mengumpat, menghina orang lain, fitnah dan sebagainya.

Dengan demikian, marilah sama-sama kita berusaha sebaik mungkin pada ramadhan kali ini untuk memperbaiki kualiti ibadat puasa kita agar ianya mencapai tahap martabat yang ketiga supaya kita benar-benar menjadi hamba-NYA yang beriman dan bertaqwa. Semoga hidup kita mendapat keredhaan dan kerahmatan Allah SWT. InsyaAllah. Wallahu A’lam.

Tanjong Manis, Sarawak.
Sabtu.
29 Ogos 2009 M/ 08 Ramadhan 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 29 Ogos 2009, in Bicara Agama. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: