AL-FATIHAH : Buat Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

dr ismail

TAKZIAH. Pada pagi jumaat yang diberkati ini, KAM mengambil kesempatan untuk mengucapkan Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang telah kembali ke rahmatullah semalam akibat serangan jantung semoga tabahkan hati dan banyak-banyak bersabar di atas pemergiannya.

Pemergian tokoh akademik dan ekonomi negara hari ini adalah satu kehilangan besar dan tiada gantinya kerana pengorbanan Allahyarham yang tidak terhitung dalam mengangkat martabat dunia pendidikan, membantu memacu ekonomi negara dan membela nasib golongan orang kurang upaya (OKU). Bagi KAM, Allahyarham adalah insan yang sangat dikagumi, walaupun kekurangan diri, namun itu bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

Sudah ketetapan Ilahi, setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Kita tidak boleh mengelak dan mengubahnya walaupun sesaat. Bila tiba masa dan waktu, pasti Allah SWT akan menjemput untuk bertemu dengan-NYA. Kita, yang masih di beri kesempatan untuk berbuat kebaikan oleh Allah SWT hari ini belum pasti hari esok bertemu lagi. Jangan terlalu yakin bahawa kita masih hidup untuk hari esok. Oleh itu, setiap saat dan waktu kita hendaklah melakukan kebaikan seolah-olah kita akan mati hari esok.

Kepada para pembaca sekalian, marilah sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH buat Allahyarham Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, semoga rohnya dirahmati dan dikasihi Pencipta-NYA serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh di sisi Allah SWT. Ameen.

Tanjong Manis, Sarawak.
Jumaat.
28 Ogos 2009 M/07 Ramadhan 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 28 Ogos 2009, in UMUM. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Al-Fatihah…..

  2. Assalamualaikum perginya seorang insan istimewa. Kagum dengan dia ni..semoga Allah mencucuri ahmat keatas rohnya. Al fatihah

  3. ops sori tertinggal “r”…

  4. Al fatihah. seorang tokoh yang dikagumi,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: