PUISI : Menjelang Subuh

ASYIK. Dinihari yang dingin. Udara segar, tubuh kesejukan. Angin berdesik sepoi-sepoi bahasa. Fikiran semakin bersinar. Mengeluarkan buah fikiran jitu. Jari jemari rancak mengungkapkan seberapa rangkap tulisan minda. Agar menjadi kalam bacaan pengunjung. Pengunjung malam atau siang. Semuanya sahabat.

Ketika subuh menjelang, setelah bermunajat kepada Yang Kuasa, Memohon keampunan dan kerahmatan, dari segala noda dan dosa, agar hidup sentiasa diredhai, dimurah rezeki, disenangi segala urusan, agar diri sentiasa dekat dengan-NYA, menjadi hamba kepada Yang Pemurah, yang menciptakan tujuh petala langgit dan bumi, menjadikan siang dan malam, Bukanya menjadi hamba kepada manusia, bukan hamba kepada nafsu, bukan juga hamba kepada syaitan, hidup menjadi lebih bererti. Tahu matlamat dan arah. Semuanya menuju kepada Sang Pencipta, agar bahagia di negeri akhirat.

Apabila azan subuh dilaungkan, dalam kesayuan yang mendayu-dayu suara si bilal, mengajak manusia mengakui kebesaran Allah, bersaksi tiada Tuhan Melainkan Allah. Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Menyeru manusia menunaikan perintah solat, mengajak manusia berlumba-lumba mencapai kejayaan. Bagi yang beriman, segera menunaikan perintah. Bagi yang ingkar, tetap angkuh dan sombong, hidup dalam kerugian selamanya. Kerana hidup tidaklah lama, semuanya kembali kepada tanah. Asal kejadian manusia.

Bila menjelang pagi, bertaburanlah manusia menyambung amanah, mencari rezeki untuk diri dan keluarga tersayang. Ada yang melalui jalan yang lurus, jalan yang disukai Allah dan Rasul. Namun ada juga yang memilih jalan yang menyimpang, Apakah mereka jahil, atau sengaja menjahilkan diri. Hanya tuan diri yang tahu. Tiada yang lebih bermakna selain halal dan diberkati oleh-NYA. Walaupun sedikit, hati tetap senang, sebagai bekalan di hari kemuncak nanti. Semuanya akan dihitung. Baik atau buruk, ianya pasti akan berlaku.

Tanjong Manis, Sarawak.
Khamis.
27 Ogos 2009M/06 Ramadhan 1430H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 27 Ogos 2009, in PUISI. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. Salam KAM, sedap baca blog demo ni, banyak ilmu…

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Em terima kasih sahabat…****

  2. salam saudara,
    saya suka baca puisi saudara ni…
    terusik perasaan saya..
    terima kasih…

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…em sama2…****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: