Tiket Bas Ekspres Aidilfitri Sudah Habis

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

HABIS. Lebih kurang pukul 10.15 pagi tadi, seorang kawan yang bekerja di Kuala Lumpur call KAM. Dia tanya,” tiket bas untuk balik raya dah beli ke..?” Katanya lagi..” tiket balik klate dah habis. Kalau tak beli lagi, tak balik kampung la demo.”

transnasional

KAM buat selamba jer…Sebab tiket dah beli…he he..Minggu lepas suruh kakak ipar yang beli kat terminal putra. Kakak cakap masa tu tiket dah tak banyak dah. Banyak tempat dah habis dijual. Alhamdulillah.

Camner ngan kawan-kawan..Sempat tak beli tiket bas ? Kalau sempat. Alhamdulillah. Tetapi yang tak sempat tu..Cubalah ikhtiar cari, manala tahu kot-kot ada lagi. Jangan bersedih.

KAM tinjau-tinjau akhbar-akhbar tempatan hari ini, harian metro ada melaporkan pasal tiket habis ni…Klik di sini untuk baca.

Menurut laporan akhbar itu, tiket bas ekspres ke pantai timur bagi cuti Aidilfitri bulan depan habis dijual, manakala tiket menuju utara dan selatan masih banyak berikutan banyak kaunter bas ekspres masih belum membuka tempahan.

Malah, tiket ke Kota Bharu pada 16 hingga 19 September ini sudah penuh dan habis sejak hari kedua dibuka untuk tempahan.

Berkata Rozita Omar, Kakitangan Utama Ekspres, tiket menuju Terengganu juga tinggal sikit lagi, tetapi untuk ke Kuantan masih banyak lagi.

Itulah sedikit info yang dapat KAM kongsikan dengan pembaca sekalian.

Tanjong Manis, Sarawak.
Sabtu.
22 Ogos 2009M / 01 Ramadhan 1430H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 22 Ogos 2009, in Isu Semasa, Tentang Aku. Bookmark the permalink. 7 Komen.

  1. Tiket habis, gula habis, telor ayam habis… kuih raya habis, baju raya pun boleh habis… nasib baik tiket tol lebuhraya tak habis-habis.

    ****KAM : ha ha ha ha..betul tu….****

  2. hahahahaha…
    pastinya yang punya jasa angkutan bis bersyukur tiketnya bisa laku terjual…
    saya ada postingan baru Pak…
    saya tunggu kehadirannya…
    wassalam…
    http://bagdemagus.wordpress.com/2009/08/22/hari-ini-milik-kita/

  3. nampaknya beraya di kl ni lah kita anak beranak…..

  4. ROZITA OMAR? UTAMA EKSPRES? ITU KAKAK SAYA! HAI KAK NGAH…

  5. Rozita Omar? Utama Ekspres? Itu kakak saya!!! Kak ngah dah popular sekarang…🙂

  6. NIK ATIFAH BT RASDI

    nk blk kmpng kat klantan..
    rindu kat family especially ayh n mak
    rase nye dah lama x blk kmpng

  7. kalau ada masaalah tel;
    0139319235
    siti hajar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: