Tentera Israel Dagang Organ Penduduk Palestin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

kekejaman israel

Foto dipetik : Kosmo! KEADAAN jenazah Bilal Achmed Ghanan, 19, yang didakwa dilapah tentera Israel untuk dijual di AS.

KEKEJAMAN. Hari ini (Khamis – 20 Ogos 2009 /29 Sha’ban 1430 H) KOSMO! melaporkan kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.

Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.

Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.

Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).

Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.

Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992.

“Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah,” katanya. – AFP

Sumber Berita : Kosmo! Online

Tanjong Manis, Sarawak.
Khamis,
20 Ogos 2009 / 29 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 20 Ogos 2009, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Kejam sungguh mereka ini.

    Tidakkah da rasa kemanusiaan langsung.. !

  2. salam ramadhan..israil memang kejam. sama2 kita baikot. sila ziarah ke blog kawe..2 3 kali kawe nak masuk blog demo ada susah sikit.

    ****KAM : Waalaikummussalam wbt…Entahla 2 3 hari lps blog kawe prob siket..skrg dah ok dah…Selamat Menyambut Ramadhan dan menjalani ibadah puasa….****

  3. Di luar sana umat Islam terus di hina oleh kumpulan yang bertopengkan wajah manusia yang di gerak kan golongan manusia Yahudi keturunan al Masih Dajjal…Dan kita di negara kononnya Islam dan ramainya Islam masih berselera makan di MCD,KFC dan lain-lain tanpa rasa bersalah…aduh..dimanakan sifat kasih sayang SATU Agama.

    Aduhai… aduhai…..kejamnya kita..telah lumpuhkan jiwa kita, telah mati kah hati kita ini….?

    (Jangan guna agama hanya untuk memuaskan nafsu tak gitu ustaz Akhil Hayy)

  4. Assalamualaikum warahmatullah..
    Alhamdulillah.. dengan izin Allah s.w.t, saya dapat sama-sama berkongsi pandangan..
    subhanallah.. hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa kejamnya mereka.. tapi sentiasalah ingat.. bahawa Islam pasti akan menang.. Allah menjanjikan kemenangan mutlak buat Islam.. dan kehancuran yang pasti buat kafir laknatullah..
    sama-samalah kita berdoa.. semoga Islam terus berdiri.. diberi ketabahan dan pertolongan sentiasa.. insyaAllah..
    bersyukur.. negara kita tidak seperti itu.. tapi andai kita masih seperti sekarang.. tudak mustahil.. kita juga akan jadi seperti mereka.. nauzubillah..
    -pertahankan islam-
    dakwah islamiyyah_fillah abadan abada..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: