Banglo Bernilai RM 130,000 Untuk Nik Nur Madihah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

REZEKI ALLAH SWT. “Semua ini rezeki Allah,” kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sejurus menerima banglo bernilai RM130,000 di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Rumah_Nur_Madihah banglow_1

Dulu                                                      Kini

Nik Nur Madihah berkata, dia tidak menyangka menerima banglo dihadiahkan kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), dan menganggapnya seperti bermimpi.

“Saya tidak pernah bermimpi memiliki banglo seperti ini. Pada saya, ia pemberian yang begitu besar dan selesa berbanding tempat tinggal sebelum ini.

“Dengan tempat tinggal baru yang begitu selesa ini, saya berharap ia dapat digunakan keluarga untuk menyambut kedatangan Ramadan dalam suasana lebih ceria lagi,” katanya.

nik nur madihah1

Banglo setingkat dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air seluas 800 kaki persegi itu mengambil masa lebih dua bulan untuk disiapkan.

Majlis penyerahan kunci rumah banglo terbabit disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Hadir sama, bapanya, Nik Mohd Kamal Husin dan ibunya, Mariani Omar, 40, serta Ketua Eksekutif Kumpulan PKINK, Mohd Sabri Abdullah dan Pengurus Besar Binaraya PKINK Sdn Bhd, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman.

Nik Nur Madihah berkata, hadiah rumah baru itu akan menjadi pendorong kepada tiga adiknya untuk turut mencatatkan kejayaan cemerlang dalam pelajaran selain menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk belajar bersungguh-sungguh.

Menurutnya, dia begitu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan semua pihak yang membantu dan memberikan pelbagai sumbangan kepadanya sekeluarga.

Sumber Berita : Harian Metro Online.

Tanjong Manis, Sarawak.
Selasa.
18 Ogos 2009 / 27 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 18 Ogos 2009, in Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 9 Komen.

  1. salam….ucapan tahniah utk adik nik nur madihah, semoga senantiasa diberkati oleh Allah..

  2. Salam…
    Bersyukur dan tahniah kepada Nik Nur Madihah yang berjaya dan mengharumkan nama sumua pihak…(Tersentuh baca kisah hidup dlm buku catatan hidup adk )
    Sesungguhnya Allah itu Maha Segalanya dan kak harap adik dapat menggunakan kelebihan dan kenikmayan yang diberikan sebaik-baiknya untuk memajukan diri sendiri, keluarga,negeri dan negara and most important agama kita ISLAM.
    Semoga adik di jauhi sifat takabur dan kekalkan prestasi,selamat maju jaya di dunia dan di akhirat
    JAGA DIRI HIASI PERIBADI DAN JADILAH INSAN YANG YANG BERBAKTI PADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA

  3. Alhamdulillah, moga ceria menyambut Ramadhan & Syawal, rezeki dari Allah

  4. TAHNIAH DIK SEMOGA ALLAH BERSAMA MU ..DENGAN ILMU MU BANTU PULA MEREKA-MEREKA DI LUAR SANA YANG MASIH LAGI MENDERITA TENTANG KEHIDUPAN YANG BAGAI KAN BADAI DAN GELOBANG INI.
    TAHNIAH ..SEKALI LAGI..

  5. Tahniah …. Kejayaan akak akan saya jadikan pendorong untuk berjaya di UPSR nanti. Semoga berbahagia di rumah baru.

  6. Siti Zubaidah

    TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DAN ANUGERAH YANG DIBERIKAN OLEH ALLAH KEPADA AKAK.. GO FORWARD!!!

  7. Adik khairunnisa.

    saya baru sahaja menghabiskan peperiksaan UPSR. Tetapi saya tidak tahu lagi keputusannya.Saya harap saya menjadi cemerlang seperti kakak.Ibu saya kata kalau saya tak mencapai keputusan maksima seperti kakak,saya mesti turut seperti kakak menghayati islam.Ibu saya sangat kagum dengan kematangan kakak dalam mengeluarkan kata-kata azimat dan kakak dikatakan sebagai anak yang solehah.Ibu saya juga berkata semoga ramai lagi yang dapat mencontohi kakak.
    semoga kakak berjaya dalam bidang yang kakak impikan seperti di dalam buku ”CATATAN HATI NIK NUR MADIHAH”.kakaklah satu-satunya ikon saya untuk berjaya.Assalamualaikum.

  8. Adik khairunnisa.

    SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR DAN BATIN.Semoga kakak dan keluarga sihat dan ceria di hari raya dan juga tahniah.

  9. tahniah kepada kak nik nur madihah..semoga kejayaan akak ni menjdi inspirasi sy untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm 2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: