WHO : 5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Dijangkiti Virus Selsema Babi H1N1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

AntigenicShift_HiRes

BENCANA wabak selsema babi H1N1 di negara ini semakin membimbangkan. Setakat hari ini 59 kes kematian akibat wabak ini telah dicatatkan. Oleh itu, langkah pencegahan harus di ambil secara serius bagi menghindari penularan wabak berbahaya ini.

Menurut kajian dan anggaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 5 juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1). Statistik itu berdasarkan kajian terperinci WHO mengenai impak penularan luar biasa H1N1 terhadap sesebuah negara jika ancaman virus tersebut tidak ditangani secara berkesan dan menyeluruh. WHO juga menjangkakan penularan wabak itu mungkin berlarutan antara enam bulan hingga setahun lagi.

Kajian itu menyebut bahawa jika penularan virus H1N1 di sesebuah negara tidak berjaya ditangani dengan berkesan, 20 peratus penduduknya akan terdedah dengan jangkitan virus itu.

SwineFluPoster_Mattv2_resiz

Selain itu, kajian WHO juga menunjukkan jumlah sebenar penduduk yang dijangkiti H1N1 adalah 20 kali ganda daripada jumlah pesakit yang direkodkan menerima rawatan akibat jangkitan virus tersebut. Ini bermakna jika kita merekodkan 3,574 kes jangkitan H1N1 setakat ini, jumlah sebenar yang dijangkiti adalah sekitar 70,000 orang.

Untuk maklumat lanjut tentang H1N1, anda boleh KLIK pada gambar di bawah ini :

h1n1

Tanjong Manis, Sarawak.
Ahad.
16 Ogos 2009 / 25 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 16 Ogos 2009, in BICARA KESIHATAN, Isu Semasa. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. salammm brader.. bahaya kanns

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: