Takziah Buat Seluruh Keluarga Ustaz Asri “Rabbani”

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

asri

LIRIK puitis lagu ” Pergi Tak Kembali” penuh sentuhan rohani cukup kuat untuk mengingatkan kita semua kepada figura bernama Mohd. Asri Ibrahim, vokalis dan juga ketua kumpulan nasyid terkemuka, Rabbani.

Beliau lebih mesra dengan pangilan Ustaz Asri telah kembali ke Rahmatullah buat selama-lamanya bertemu Ilahi pada Khamis 13 Ogos 2009 / 22 Sha’ban 1430 H (semalam). Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.30 pagi akibat serangan jantung.

KAM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim atas pemergian abadi ini. Semoga Allah merahmati, mengasihi dan mengampuni Allahyarham.

Buat ahli keluarga Allahyarham, tabahkan hati dan banyak-banyak bersabar. Teruskan hidup dalam keredhaan Allah SWT.

“Berpisah sudah segalanya, Yang tinggal hanyalah kenangan, Diiring doa dan air mata, Yang pergi takkan kembali lagi….”

– Al-Fatihah.

Tanjong Manis, Sarawak.
Jumaat.
14 Ogos 2009 / 23 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 14 Ogos 2009, in UMUM. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. saya rasa sgt sedih dgn pmergian ustaz asri..
    sy igin m’gucapkan takziah kpd keluarga ustaz asri..
    pmergian beliau sgt dirasai..
    semoga roh dan amalan2 beliau diterima Allah s.w.t..
    al-fatihah..

  2. SEMOGA ROHNYA DI CUCURI RAHMAT SEPERTI MANA JASA BAKTI BELIAU MASIH ADA DI HATI DAN SANUBARI KITA SEMUA..AL – FATIHAH

  3. Saya juga merasa sedih diatas pemergian arwah..
    kita kehilangan salah seorang pejuang irama nasyid di Malaysia..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: