Ujian Forensik : Polis Indonesia Sahkan Mayat Bukan Noordin

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

nordin 11

HARI ini (Rabu : 12 Ogos 2009 / 21 Sha’ban 1430 H) Polis Indonesia berkata ujian forensik ke atas mayat suspek pengganas yang ditembak mati dalam serbuan ke atas rumah di Jawa Tengah hujung minggu lalu bukannya militan paling dikehendaki Asia, Noordin Mohammad Top.

Lelaki yang terbunuh itu dikenali sebagai Ibrohim yang bekerja di kedai bunga di Hotel Ritz-Carlton Jakarta dan disyaki orang dalam serangan terbabit.

“Kami memeriksa sampel dengan keluarga (Ibrahim) di Cilimus dan ia seratus peratus sama,” kata Eddy Suparwoko, Ketua Unit Pengenalan Mangsa Bencana Indonesia, pada sidang media di sini.

Indonesia Most Wanted Militant

Noordin dipercayai menjadi perancang serangan bom terhadap Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton yang membunuh sembilan orang dan mencederakan 53 yang lain.

Sumber polis sebelum ini yakin Noordin sudah terbunuh tetapi kesangsian timbul sama ada lelaki yang mati itu adalah beliau.

Sumber Berita : Berita Harian Online

Tanjong Manis, Sarawak.
Rabu,
12 Ogos 2009 / 21 Sha’ban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com
Advertisements

About Abu Musaddad

"Setiap setangga ilmu ku tingkat...Insaflah aku jahilnya diri...Keinginan panjang, kehidupan singkat. Tapi....Aku tak bosan, dalam mencari..."

Posted on 12 Ogos 2009, in BICARA GLOBAL, Isu Semasa, Keratan Akbar. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. E -Book terbaru percuma Meniti Kesempurnaan Iman oleh Habib Munzir al-Musawa – Majelis Rasulullah

    Klik untuk download : http://pondokhabib.files.wordpress.com/2009/08/meniti_kesempurnaan_iman.pdf

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: